Pas nampaknya masih ''terikat'' dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun muktamar ke-63 parti itu, yang berakhir semalam, meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti pembangkang itu yang pernah menjadi sekutunya.
Ini kerana, keputusan meleraikan hubungan Pas dan PKR hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi itu dalam masa terdekat.
Isu tahaluf siyasi PAS dengan rakan sekutunya - DAP dan PKR - dalam gabungan pakatan pembangkang menjadi antara isu utama yang dibincangkan para perwakilan sejak muktamarnya yang ke-59 pada 2013 kerana dilihat sebagai tidak menguntungkan Pas. Pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
Usul memutuskan tahaluf siyasi Pas-PKR itu penting kerana ia akan membabitkan masa depan kelangsungan politik Pas, yang kini 66 tahun, antara parti tertua di negara ini.
Mengikuti rapat perkembangan itu, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata memang jelas terdapat perlanggaran tahaluf siyasi oleh PKR dan berlaku pengkhianatan sehingga merugikan Pas.
"Berdasarkan kepada beberapa insiden jelas pengkhianatan tahaluf siyasi ini, memang Majlis Syura akan buat keputusan. Hanya yang menjadi persoalan ialah mengenai penglibatan wakil rakyat Pas (dalam pentadbiran Selangor) iaitu kalau putus, mereka perlu kekal atau berundur meletak jawatan (Exco)," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya muktamar tiga hari itu.
Beliau turut menjangka isu itu mungkin berlarutan selain perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia turut melibatkan ''restu'' pihak Istana Selangor dan kemaslahatan syariat Islam di negeri itu.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Nik Zawawi Salleh pula meminta anggota parti supaya menerima, patuh dan wala'' atau setia terhadap apa jua keputusan majlis tertinggi berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.
"Waima, keputusan yang dibuat tidak masyhur atau pun tidak popular atau pun presiden Majlis Syura Ulama buat keputusan dengan pendekatan-pendekatan tertentu bagi menghadapi arus politik.
"... terutamanya apabila berlaku, (sebab) kita belum mesyuarat lagi putuskan hubungan dengan PKR, untuk kita membina masa depan parti dengan memberi wala'' yang sepenuhnya dan tanpa kita mengkritik secara songsang di belakang, Insya-Allah bahtera parti kita akan berjalan dengan baik," katanya pada sesi penggulungan muktamar itu.
Walaupun isu tahaluf siyasi itu belum berkesudahan, muktamar tiga hari PAS kali ini menyaksikan parti itun bersedia bergerak sendirian tanpa jalinan kerjasama dengan parti politik lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Kita pernah menghadapi segala kemungkinan kerana sejarah politik kita, senario kita lebih panjang daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri ini ada kerusi, negeri itu kita tak ada kerusi langsung," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kelangsungan Pas juga bergantung kepada kepimpinan itu, yang pada muktamar kali ini, menyaksikan status quo kepimpinan dikekalkan dengan golongan ulama terus menjadi pilihan perwakilan.
Sebahagian besar jawatan tertinggi parti terus kekal kepada penyandang malah beberapa jawatan penting dimenangi tanpa bertanding terutamanya jawatan Presiden yang kekal disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Abdul Hadi, 69, memegang jawatan nombor satu parti sejak 2002 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim, 56, memegang jawatannya sejak 2015.
Tiga jawatan naib presiden kekal dipegang ketiga-tiga penyandangnya iaitu Anggota Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dipilih untuk terus memegang jawatan berkenaan bagi sesi 2017/2019.
Selain Iskandar, pemilihan Anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, menyaksikan dua anggota Pas Selangor seperti Dr Halimah Ali dan Salehin Mukhyi dipilih untuk memastikan parti itu dapat mengekalkan pengaruhnya di negeri termaju itu.
"Keputusan pemilihan semula Iskandar sebagai Naib Presiden dan dua lagi anggota Pas Selangor seperti Dr Halimah dan Salehin adalah satu mandat memperkasa parti itu untuk menangani isu tahaluf siyasi dan melebarkan kuasa untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang," kata Kamarul Zaman.
Barisan kepimpinan yang baharu itu juga dilihat sebagai tidak mahu menimbulkan keretakan dan perbalahan di kalangan pemimpin parti kerana pilihan raya umum ke-14 sudah begitu hampir.
Anggota Parlimen Kota Bahru Datuk Takiyuddin Hassan pula dilantik semula sebagai setiausaha agung kerana parti amat memerlukan khidmatnya, kata Abdul Hadi. - BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017

Ini kerana, keputusan meleraikan hubungan Pas dan PKR hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi itu dalam masa terdekat.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pas mahu hubungan lebih mantap dengan UMNO
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah demi kebaikan rakyat dan negara.

Pas 'terikat' dengan PKR selagi Majlis Ulama tidak muktamad keputusan
Pas nampaknya masih 'terikat' dengan PKR walaupun muktamar ke-63 parti itu, yang berakhir semalam.

Muhammad Khalil, Ketua Pemuda Pas yang baharu
Anak sulung Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Tengku Ibrahim isytihar keluar dari PAS
Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah isytihar keluar dari PAS.

Majlis Syura PAS muktamadkan usul putus hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri
Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis
Adakah PAS mampu didengari pendiriannya atau hanya bersifat menuruti keputusan rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat?

Usul putus hubungan dengan DAP, Hadi serah kepada perwakilan
Presiden PAS serahkan kepada perwakilan dalam muktamar untuk membuat keputusan berhubung usul memutuskan kerjasama dengan DAP.

PAS tidak pernah campur tangan urusan parti lain - Hadi
Biarpun diserang siang dan malam, PAS tidak pernah mencaturkan kedudukan pemimpin parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemuda PAS yakin dapat wakil sulung dalam DUN Sarawak
Pemuda PAS yakin calonnya mampu menjadi wakil sulung dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas pilihanraya negeri itu nanti.