KUALA LUMPUR: Perselisihan dalam menangani isu politik semasa membabitkan kerjasama UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) dapat dijernihkan dengan kematangan dan keikhlasan untuk memperkasakan perjuangan parti.
Sehubungan itu, bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) hujung minggu ini adalah titik mula untuk parti mengemas dan menyusun semula strategi yang lebih ampuh untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Percanggahan pendapat dalam kalangan sesetengah pemimpin UMNO dalam beberapa isu membuktikan parti itu sentiasa diberikan perhatian untuk bangkit semula pada PRU akan datang.
"Pandangan dan teguran yang dilontarkan biarpun secara terbuka terhadap kepimpinan parti, jelas membuktikan mereka sebenarnya begitu cakna dan mengambil berat terhadap UMNO biarpun ada ketikanya mengundang pelbagai persepsi.
"Saya juga yakin PAU akan memberi ruang terbuka kepada pemimpin bersemuka dengan akar umbi UMNO bagi menyatakan pendirian mereka dalam menentukan hala tuju parti," jelasnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.
BACA: PAU 2020: Pemuda dan Puteri perlu tonjol 'ketaksuban akal' dan 'penyatuan Melayu' - Zakaria Dullah
BACA: UMNO Kelantan tetap dengan pendirian putus hubungan dengan Bersatu
Pau 2020 bakal mencatat sejarah tersendiri kerana buat julung-julung kalinya akan diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan maya.
Ia bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu tidak memberi tumpuan kepada gerakan menjatuhkan musuh politik, sebaliknya usaha untuk memperoleh kembali kepercayaan rakyat menjelang PRU15.
Jelasnya, rakyat ketika ini menginginkan kestabilan untuk meneruskan kehidupan pasca pandemik COVID-19 sekali gus menyatakan tindakan berebut kuasa adalah kesilapan besar.
Astro Awani
Thu Mar 25 2021

Syed Ali menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini adalah titik mula untuk parti mengemas dan menyusun semula strategi yang lebih ampuh untuk berdepan dengan PRU15. - Foto Astro AWANI
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.