KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kerjasama di antara dua parti itu juga hanya akan memberi kelebihan kepada penyatuan ummah, namun tidak kepada ekonomi negara.
"Setiap orang katakan kestabilan politik melahirkan kestabilan ekonomi, kalau kerajaan dibentuk UMNO, Bersatu dan Pas, kalau lima tahun lagi (pasti) akan berdepan masalah kestabilan politik.
"Bersatu akan sentiasa bertembung dari segi kepentingan, jadi dalam tempoh lima tahun lagi akan berlaku perkara sekarang ini, dimana UMNO dan Bersatu tidak akan mampu duduk selesa kerana DNA bertentangan," katanya ketika ditemui media dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di ibu negara pada Ahad.
Tambahnya, meskipun UMNO Sabah mempunyai autonomi politik sendiri, namun sebarang keputusan PAU2020 berhubung kerjasama dengan Bersatu akan dituruti.
"UMNO Sabah displin tinggi. Kalau hari ini perwakilan akan putuskan (hubungan Bersatu), saya rasa semua akan akur.
"Kita kena ingat walaupun UMNO Sabah ada autonomi, kita faham UMNO Sabah bukan parti terpisah keseluruhan daripada UMNO Pusat," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, BN di negeri itu jelas Abdul Rahman, memberi tawaran sebuah kerajaan yang stabil dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Apa BN buat dalam PRU-15? Kita hendak tawarkan pilihan kepada rakyat BN yang mempunyai pengalaman mentadbir negara ini akhirnya pilih kerajaan stabil.
"Memilih kerajaan bersama Bersatu nampak cantik penyatuan ummah, tapi tiada kesan positif kepada rakyat, apa akan berlaku selepas PRU nanti?” katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Mar 28 2021

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kerjasama dengan Bersatu hanya akan memberi kelebihan kepada penyatuan ummah, namun tidak kepada ekonomi negara. - Foto Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).