KUALA LUMPUR: Pas menegaskan akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran Pas pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebagai usaha berterusan memperkukuhkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) sebagaimana yang disepakati sebelum ini.
"... ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara," katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perhimpunan itu di sini hari ini.
Hadir sama pada perhimpunan itu ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya sebelum itu berkata UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemah piagam dan perjanjian persefahaman yang dimeterai UMNO dan Pas pada September 2019.
Menurut Ahmad Zahid, permuafakatan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan diyakini akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.
Sementara itu, Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran ketika ditemui pemberita berkata Pas perlu membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
"UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PN, justeru Pas perlu buat keputusan terlebih dahulu. Entah-entah mereka (Pas) tidak mahu bekerja dengan UMNO," katanya.
Mengulas mengenai BN bertanding secara solo pada PRU15, Vigneswaran berkata itu adalah satu keputusan yang tepat.
"Buat masa sekarang ini adalah hasrat UMNO, kita akan bertanding atas tiket BN, yang dikatakan nak bekerjasama dengan sesiapa selepas pilhan raya itu, kita kena bincang," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata untuk memenangi PRU15, BN perlu bekerja keras berikutan senario semasa politik negara.
"Cabaran yang bakal kita hadapi bukan sesuatu yang membolehkan kita berkata dengan yakin 'kami boleh lakukannya', kita perlu bekerja keras selain mendapatkan sokongan semua bangsa kerana inilah yang perlu kita lakukan," katanya.
Mengulas mengenai pendirian UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu, Wee berkata perkara itu terpulang kepada UMNO.
"Ini perhimpunan agung mereka dan mereka boleh bincang tentang apa sahaja. Jadi, biarlah mereka buat keputusan," katanya.
Bernama
Sun Mar 28 2021

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran Pas pada Perhimpunan Agung UMNO 2020. - Gambar fail

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
Tumpuan Selasa – 25 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Penyanyi bertaraf legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.