KUALA LUMPUR: Ucapan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Pehimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) pagi ini penuh dengan kiasan, amaran, dan ketegasan, terutamanya terhadap pihak yang cuba memecah-belahkan parti itu.
Bagi sesetengah perwakilan, agak mencuit hati apabila dalam ucapan beliau itu diselitkan dengan metafora UMNO harus mempunyai mentaliti juara seperti kelab bola sepak EPL, Liverpool.
Tegasnya lagi, UMNO perlu menjadi dominan, dan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu, harus bersedia untuk menerima falsafah, asas perjuangan, serta kemampuannya untuk menjadi pengemudi.
“Yang penting, mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan kita mesti meyakini kemampuan UMNO untuk menjadi pengemudi, induk. Bukan pemain kedua yang sekadar dikutip untuk memenuhi kuota, atau bilangan kerusi yang diperlukan.
"Kita nak jadi Liverpool yang menguasai Liga Inggeris. You'll Never Walk Alone!,” katanya sewaktu berucap merasmikan secara serentak Persidangan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020, yang bermula hari ini.
Namun, bagi bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, ucapan itu seakan-akan lari konteks apabila Mohamad memilih Liverpool sebagai contoh.
“Pada pendapat saya, ucapan Timbalan Presiden UMNO pagi ini adalah padat dan tepat - termasuk bahagian yang dia suruh parti tolak pengkhianat dan musuh dalaman serta pihak-pihak luar tidak perlu ajar UMNO tentang penyatuan ummah.
“Cuma ada sikit bahagian dalam ucapan dia yang saya kurang setuju. Tok Mat boleh pilih kelab lain untuk digunakan sebagai contoh tak?
“Bukan apa. Sebab saya tak sanggup tunggu 30 tahun untuk saksikan UMNO berkuasa semula dan lepas itu berkeliaran di mid-table setahun selepas menang,” seloroh bekas Perdana Menteri itu lagi.
Untuk konteks, ia bukan sesuatu yang rahsia bahawa Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, merupakan salah seorang peminat kepada seteru Liverpool, iaitu Manchester United.
Terdahulu, Mohamad berkata, UMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
BACA: PAU2020: PH gagal, PN tak cekap, tiba masa BN kembali dalam PRU15 - Tok Mat
BACA: PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
Biarpun UMNO sebahagian daripada pihak yang membentuk Kerajaan PN, Mohamad berkata, peranan UMNO sangat terpencil dan tidak dominan.
“Kita lebih duduk tunduk dari bangun menjadi induk. Ditambah pula dengan pendirian jelas, UMNO untuk tidak menyertai PN sejak awal dahulu.
"Sedar atau tidak, senario-senario ini sebenarnya memberikan UMNO kesempatan unik untuk mengetengahkan semula BN sebagai kerajaan pilihan rakyat. Sama ada dalam kalangan Melayu mahupun bukan Melayu," katanya.
Malah, jelas Mohamad, prestasi BN sebagai kerajaan selama lebih 60 tahun adalah jauh lebih baik dan berjaya, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.
Firdaus Azil
Sat Mar 27 2021

Tegasnya Tok Mat, UMNO perlu menjadi dominan, dan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu, harus bersedia untuk menerima falsafah, asas perjuangan, serta kemampuannya untuk menjadi pengemudi.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.