KUALA LUMPUR: Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan UMNO akan datang.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu dalam ucapan penggulungan dasar berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui kepimpinan parti.
Jelas beliau lagi, ruang untuk kepimpinan baharu mampu memastikan Pemuda UMNO bangkit semula dan bergerak lebih kuat bagi mengukuhkan parti Melayu itu,
"Kita kena lihat bagaimana nak bangkit semula daripada apa yang berlaku sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya selaku Ketua Pemuda UMNO.
"Saya mengambil tangungjawab ini untuk pastikan bahtera kita akan kembali kuat dan dinahodai oleh orang baharu yang boleh membawa idea segar dan baharu.
"Tetapi satu perkara saya minta tolong, kita adalah Pemuda yang sama-sama menyaksikan dan merasai susah payah dalam perjuangan ini," katanya dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Khamis.
Asyraf yang memegang jawatan tersebut sejak 2018 menambah, beliau sudah melakukan yang terbaik dan meletakkan sepenuh pengorbanan untuk memastikan parti dapat dipulihkan semula.
Pada Pemilihan UMNO 2018, Asyraf memenangi pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi penggal 2018-2021.
Pada pemilihan tersebut, Asyraf mendapat 65 undi, diikuti Senator Khairul Azwan Harun (62), Mohd. Shahar Abdullah (51) dan hanya dua undi untuk Datuk Seri Jamal Yunos.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Hasimi Muhamad
Thu Jan 12 2023
![PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673522688_AsyrafWajdi.jpg)
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan UMNO akan datang. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736763438_TBDZULKEFLYASYRAF.jpg)
Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.
![Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639484640_TBMRSM.jpg)
Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.
![Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733815578_TBRUMAHCHETA.jpg)
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
![Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733818285_TBASYRAFWAJDI.jpg)
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
![Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731753817_tbAsyrafWajdi.jpg)
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
!['You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa 'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731307734_AsyrafWajdi.jpg)
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
![Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728318126_MKTUMNORamli.jpg)
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
![Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724793581_TBAsyrafWajdi.jpg)
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
!['MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih 'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727436866_MRSMTerendakterdai.jpg)
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
![Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727435585_DrAsyrafWajdiDusu.jpg)
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.