KUALA LUMPUR: Wanita UMNO Kedah menyarankan agar wakil parti yang berada dalam kerajaan menilai dan mengubah semula had umur mengundi 18 tahun.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang berkata, ini kerana tahap kematangan golongan muda terutamanya melibatkan pilihan raya masih berada pada tahap rendah.
"Inilah isu sosial terbesar yang sedang melanda negara. Sebab itu, kita mahu sarankan kepada penggubal undang-undang dan wakil UMNO yang duduk dalam kerajaan, ubah semula had umur mengundi.
"18 tahun dalam konteks negara ini, seluar dalam, ibu bapa yang beli dan mereka itu baru sahaja selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Tahap kematangan dan pemahaman tentang pilihan raya, pengundian, sistem demokrasi, kenapa mengundi, implikasi pengundian ke atas pembentukan kerajaan dan polisi masih di tahap yang merah dan mentah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berbahas dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah beliau, tahap pemikiran anak muda di Malaysia berbeza dengan golongan seusia mereka yang berada di luar negara.
"Jangan dibandingkan usia 18 tahun anak-anak kita yang ada dalam negara dengan mereka yang berada di luar negara.
"Di kebanyakan negara barat, di usia 18 tahun sudah ramai yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
"Sedangkan kebanyakan remaja kita masih asyik bertiktok dan mula mengenal alam asmara yang disebut cinta monyet," ujarnya.
Sementara itu, Norma turut menyarankan agar had umur mengundi dinaikkan ke umur 23 tahun.
Tambahnya, ia bertujuan memulihkan semula jaminan masa depan bangsa dan agenda jangka panjang pembangunan negara.
"Disarankan had umur mengundi dinaikkan ke angka 23 tahun, biar habis setidaknya pengajian ijazah pertama.
"Itulah situasi yang terlebih baik buat semua," jelas beliau.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang berkata, tahap kematangan golongan muda terutamanya melibatkan pilihan raya masih berada pada tahap rendah. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PAU2022: Nilai, ubah semula had undi 18 tahun
Wanita UMNO Kedah menyarankan agar wakil parti yang berada dalam kerajaan menilai dan mengubah semula had umur mengundi 18 tahun.