KUCHING: Selepas jawatan presiden dan timbalan-timbalan presiden, semua jawatan utama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan ditandingi pada 14 Jun depan.
Menurut sumber dalaman parti, konsensus telah dicapai untuk jawatan-jawatan ini tidak ditandingi, bagi mengekalkan momentum kejayaan parti, mengukuh perpaduan serta menjamin kestabilan dan keharmonian yang wujud.
"Ia didokong oleh kemenangan besar parti dalam Pilihan Raya Negeri 2021 yang lalu. Pun begitu saingan tetap dibuka untuk jawatan Majlis Tertinggi.," katanya lagi.
Dengan keputusan tersebut, kerusi-kerusi naib presiden juga dijangka tidak berlaku perebutan.
Kerusi Naib Presiden Kanan parti itu sebelum ini disandang Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusuf (sayap Bumiputera) dan mantan Adun Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong (sayap Pesaka).
Manyin bagaimanapun dijangka tidak mempertahankan kedudukannya, bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Kerusi Naib Presiden sayap Bumiputera pula disandang Datuk Julaihi Narawi; Dr Annuar Rapaie, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sementara sayap Pesaka diisi oleh Datuk Seri Stephen Rundi Utom; Datuk Gerawat Gala; Datuk Roland Sagah Wee Inn.
Sayap Ketua Pemuda disandang ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu sementara sayap Ketua Wanita disandang ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Difahamkan konsensus di peringkat kepimpinan sayap Pemuda dan Wanita juga telah diatur, bagi memastikan tiada pertandingan.
Pun begitu saingan tetap dibuka untuk jawatan Majlis Tertinggi.
PBB kini memiliki sayap baharu, sayap Belia, yang ketuanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat akan datang.
Berdasarkan perkembangan terkini, ada dua nama yang berpotensi untuk mengetuai sayap baharu ini iaitu Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Abang Sauni atau Adun Tellian Royston Valentine.
Tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan adalah pada petang Jumaat.
Rudi Affendi Khalik
Fri Jun 10 2022

Sumber dalaman parti itu berkata, konsensus telah dicapai untuk jawatan-jawatan ini tidak ditandingi, bagi mengekalkan momentum kejayaan parti.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Ketua Suruhanjaya AU desak penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh
Kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 kepada AS$6 seorang.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

PBB isytihar 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) secara rasmi mengisytiharkan 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa.

'Kesan dahsyat' ke atas Gaza susulan penutupan sempadan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa penutupan tiga lintasan sempadan Israel yang berlanjutan sejak tiga hari lalu berisiko mencetuskan "kesan dahsyat" ke atas Seme

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.