JERLUN:Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat berhubung penolakan pendaftaran parti itu.
Menurut Presiden (Penaja) Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, surat rayuan itu telah dikemukakan oleh Timbalan Presiden Penaja, Datuk Marzuki Yahya.
Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun turut memaklumkan, mereka telah mengikut segala arahan serta apa yang diminta RoS selepas permohonan parti itu ditolak dengan alasan permohonan yang diterima didapati “tidak teratur”.
"Surat itu telah kami kemukakan semalam (Jumaat) malah yang berhormat Datuk Marzuki Yahya selaku Timbalan Presiden Penaja telah bertemu dengan pendaftar yang baharu yang dilantik di RoS, sekitar pukul 10 pagi semalam.
"Maksudnya kami ambil tindakan susulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kami masih lagi sangat berharapkan bahawa RoS boleh pertimbangkan semula penolakan ini. Kami cuba sekali lagi menjawab apa juga persoalan yang telah dibangkitkan kenapa permohonan kami di tolak," katanya.
Mukhriz berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata Pejuang telah mengemaskini permohonan agar tidak berlaku perkara berbangkit dan ditolak sekali lagi.
Mukhriz tidak menolak andaian penolakan parti itu ada campur tangan politik kerana bimbang Pejuang bakal memberi ancaman kepada parti lain.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan RoS menolak pendaftaran Pejuang menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan pada Rabu.
Selain Pejuang, permohonan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (Muda) turut ditolak RoS.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 09 2021
![Pejuang hantar rayuan kepada RoS - Mukhriz Mahathir Pejuang hantar rayuan kepada RoS - Mukhriz Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609990917_PEJUANGPUTRAJAYA.jpg)
RoS menolak pendaftaran Pejuang menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan pada Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735798173_TBMUHKRIZMAHATHIR.jpg)
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
![PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726215899_tbMukhrizMahathir.jpg)
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
![PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671271756_TBMUHKRIZ.jpg)
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
![Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650986004_TBMUKHRIZjpg.jpg)
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650986004_TBMUKHRIZjpg.jpg)
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
![PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686820475_TBSanusi.jpg)
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
![Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong- Zahid Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong- Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683889899_TBZAHIDARAU.jpg)
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
![PRN: Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang- Mukhriz PRN: Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang- Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667890481_MukhrizTunMahathir.jpg)
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
!['Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas 'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676797955_TBSANUSIKEDAH.jpg)
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
!['Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M 'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676732324_TBTUNM.jpg)
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.