Pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan di negara ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut berharap pendekatan yang digunakan badan sukan di negara ini dapat diselaraskan supaya selari dengan agenda Kementerian Belia dan Sukan.
"Dalam sukan kita tidak boleh bergerak seorang kerana kita mempunyai ramai pemegang taruh yang akan membantu pembentukan seseorang atlet itu.
"Pembentukan dan kemajuan seseorang itu bergantung kepada pemegang taruh, jadi saya harap pendekatan yang kita gunakan ketika ini dapat dipertingkatkan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pula berharap kepimpinan Reezal Merican dapat mengekalkan beberapa program sukan sedia ada seperti Program Podium dan Hari Sukan Negara yang jelas membawa kebaikan kepada rakyat.
"Kita yakin pengalaman luas yang dimiliki Datuk Seri Reezal Merican selaku bekas Timbalan Menteri Luar sebelum ini, dapat membantu meningkatkan mutu sukan negara ke arah lebih baik.
"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan beliau dalam tempoh terdekat bagi memberi perincian berhubung penangguhan beberapa acara sukan tempatan dan antarabangsa susulan penularan COVID-19, selain peranan yang dimainkan oleh MOM," jelas Mohamad Norza.
BACA: Dulu Menteri Luar, Saifuddin kini Menteri Komunikasi dan Multimedia
BACA: Ahli Jemaah Menteri angkat sumpah esok
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli turut menyambut baik pelantikan itu sambil memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Reezal Merican dalam tempoh terdekat bagi memberi taklimat berhubung fungsi dan peranan ISN, terutamanya dalam perubatan sukan negara.
"Kami pasti kepimpinan baharu beliau di KBS amat kritikal dalam memacu industri sukan, terutamanya perubatan sukan ke arah yang lebih baik," jelas Ahmad Faedzal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020

Pelantikan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan di negara ini. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.