Peletakan jawatan dua ketua wanita cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, diharap dapat diselesaikan menerusi perundingan secara baik dan muafakat demi keutuhan parti komponen Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi PH Melaka Adly Zahari.
Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata setiap isu yang berlaku mempunyai jalan penyelesaian, dan kepimpinan parti di peringkat tertinggi PKR khususnya Wanita PKR, pasti mempunyai kebijaksanaan menangani masalah yang berlaku.
"Kita lihat ia (perletakan jawatan) adalah isu dalaman PKR, dan saya yakin mereka dapat menyelesaikannya secara muafakat kerana ia merupakan cara terbaik dalam menangani setiap masalah yang berlaku.
"Di peringkat PH pun, prinsip muafakat ini menjadi pegangan kita agar hubungan antara parti dalam PH dapat diperkukuhkan, dan memberi manfaat secara bersama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Harapan Rakyat Anjuran Wanita PH Kota Melaka di Telok Mas di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR Melaka, sekali gus didakwa berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Ketua Wanita PKR cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud meletak jawatan dan menyertai Umno, manakala Ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka, Lilla Madon meletak jawatan kerana faktor kesihatan.
Mengulas lanjut, Adly berkata kemuafakatan dalam parti penting bagi memastikan setiap perancangan yang dilakukan dapat dinikmati rakyat di setiap peringkat sekali gus memberi impak positif pada PH.
"Sebagai contoh penganjurkan Pasar Harapan Rakyat pada hari ini adalah bukti Wanita PH sentiasa memikirkan usaha untuk memajukan rakyat, negeri dan negara secara muafakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019

ADLY: Kita lihat ia (perletakan jawatan) adalah isu dalaman PKR, dan saya yakin mereka dapat menyelesaikannya secara muafakat kerana ia merupakan cara terbaik dalam menangani setiap masalah yang berlaku. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.