SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengesahkan pemecatan atau penggantungan keahlian enam pemimpin parti itu termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dibuat atas syor Lembaga Disiplin UMNO.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, Lembaga Disiplin membuat cadangan berkenaan selepas pemimpin-pemimpin tersebut didapati melanggar disiplin parti.
"Sebab-sebab utama Lembaga Disiplin UMNO membuat rekomendasi tersebut sebelum ia disokong MKT kerana berlaku pelanggaran disiplin.
"Perincian tentang pelanggaran yang dilakukan itu ada pada Lembaga Disiplin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular di media sosial yang memaparkan fakta pemecatan dan penggantungan enam pemimpin tersebut.
UMNO pada Jumaat memecat Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
UMNO turut menggantung selama enam tahun keahlian Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif.
Poster tular itu antara lain mendakwa tindakan Khairy mengatakan parti berkenaan sudah sesat secara terbuka ketika beliau berkempen sebagai calon UMNO Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah amat berat.
Noh pula didakwa mahu dipecat dari parti walaupun sepatutnya beliau digantung sahaja selepas melakukan sabotaj pada parti serta mahu BN kalah di Parlimen Tanjung Karang pada PRU15 lalu.
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan keputusan yang dibuat ke atas pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan tidak mengikut proses yang telah ditetapkan.
"Siapa yang kata kita tidak ikut proses sepatutnya, itu tidak betul kerana perkara ini telah dibincangkan dan rekomendasi berkenaan datang daripada Lembaga Disiplin," tegasnya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, kesemua ahli UMNO yang berdepan tindakan pemecatan dan penggantungan masih boleh membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin.
"Mereka masih ada peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin dan lembaga tersebut boleh mengemukakan semula rekomendasi kepada MKT," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023

ISHAM: Sebab-sebab utama Lembaga Disiplin UMNO membuat rekomendasi tersebut sebelum ia disokong MKT kerana berlaku pelanggaran disiplin. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB membabitkan Najib Razak.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.

AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.

RUU Penggal Tetap bukan untuk rakyat, hanya kepentingan diri ahli politik
Isham berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.

Peguam Negara mohon Isham Jalil dipenjara, denda atas dakwaan hina mahkamah berkaitan kes Najib
Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.

Permohonan dipenjara, denda kerana hina mahkamah: "Saya akan lawan" - Isham Jalil
Isham akan teliti permohonan AG kepadanya agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah.

Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.

Isham terima surat status keahlian dalam masa terdekat - Zahid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.