KUCHING: Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum akan memangku tugas presiden parti itu yang sebelum ini disandang oleh mendiang Tan Sri James Jemut Masing.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Salang yang berada di hieraki kedua parti tersebut selepas mendiang Masing.
Menurut beliau, walau bagaimanapun, pemilihan rasmi sebagai pengganti Presiden PRS katanya hanya akan ditentukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
"Berdasarkan perlembagaan parti, saya tidak ada pilihan. Saya merupakan Timbalan Presiden. Saya perlu memikul peranan kepimpinan buat sementara waktu.
"Saya merupakan Timbalan Presiden dan saya perlu memangku peranan Presiden," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PRS di ibu pejabat parti itu di Kuching pada Ahad.
Tedahulu, pada pagi Ahad, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disahkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
BACA: James Jemut Masing meninggal dunia
Afiezul Samit
Sun Oct 31 2021

Walau bagaimanapun, pemilihan rasmi sebagai pengganti Presiden PRS katanya hanya akan ditentukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. - Astro AWANI.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

"Masih seperti James yang dulu... paling penting tidak sombong" - Adik mendiang Masing
Menambah rawan di hati apabila sekujur tubuh insan tersayang yang tidak pernah melupakan asal usul dan keluarga diturunkan ke liang kubur.

Masing pemimpin lantang suarakan hak Sabah dan Sarawak - Jeffrey Kitingan
Pemergian Tan Sri James Masing satu kehilangan besar buat negara, Sarawak dan juga masyarakat Dayak, kata Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Pemergian Masing: Joseph Salang Gandum kini pemangku PRS
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan PRS sendiri iaitu Datuk Joseph Salang Gandum.