KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian parti itu dibuat lebih awal daripada tempoh penangguhan 18 bulan seperti diputuskan sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, keputusan rasmi mengenai perkara itu akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.
“Sekarang ini pilihan raya negeri (PRN) telah selesai. Cuma parti belum buat keputusan bila tarikh sebenar (pemilihan parti) akan dibuat.
“Kalau diikutkan tempoh 18 bulan daripada penangguhan sepatutnya (pemilihan) diadakan pada Mei atau Jun 2025. Tapi saya tidak fikir sejauh itu (penangguhan).
“Kalau sudah bersedia selepas PAT ke-6 ini kita akan tetapkan tarikh supaya pemilihan diadakan secepat segera. Mungkin akan dibuat tahun depan. Keputusan akan dibuat oleh MPT. Insya-ALLAH,” katanya.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Mei lalu memaklumkan parti itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan MPT dan bahagian dalam tempoh tidak melebihi 18 bulan.
Menurut Hamzah, penangguhan tersebut dibuat bagi membolehkan parti berkenaan memberi tumpuan dan persediaan menghadapi PRN di enam negeri.
Namun katanya, penangguhan berkenaan tidak bersekali dengan pemilihan di peringkat cawangan.
PAT Bersatu ke-6 dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 19 2023

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian parti itu dibuat lebih awal daripada tempoh penangguhan 18 bulan seperti diputuskan sebelum ini.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Oktober 2024.

Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.

Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.

Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin
Keputusan rasmi akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.

Peja sedia pertahan jawatan Timbalan Presiden Bersatu
Peja akan terus berjuang dalam parti itu sekiranya khidmat baktinya masih diperlukan.

Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Rafiq Naizamohideen kini Naib Presiden Bersatu
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dimuktamadkan sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Syed Saddiq ucap selamat kepada Wan Ahmad Fayhsal, pimpinan baharu Armada
Syed Saddiq harap pimpinan baharu yang diterajui Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan cermat.

Wan Ahmad Fayhsal terajui Armada Bersatu bagi penggal 2019-2022
Wan Ahmad Fayhsal, yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa, telah mengenepikan pencabarnya iaitu Muzzammil Ismail.

Pemilihan Bersatu: Tidak boleh taja percutian, umrah, atau main golf - Syed Hamid
Jika JPP terima laporan lengkap mengenai salah laku tersebut, calon terlibat boleh disiasat, dan boleh tersingkir jika bersalah.