JOHOR BAHRU: Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang masih ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lepas, akan diambil alih proses pemilihannya oleh Badan Perhubungan UMNO negeri, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sebelum ini, proses pemilihan UMNO dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).
Mengesahkan perkara itu, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemilihan bahagian itu.
"...Setiausaha (Abdul Halim) akan lihat dan bincang kesesuaian masa dan memastikan perjalanan mesyuarat semula itu dapat dilakukan dengan baik.
"Kita seboleh-bolehnya mahu dilakukan segera tetapi kita ambil kira sekarang ni bulan Ramadan dan bahagian ini tak macam bahagian lain yang hanya libatkan ketua tapi nampaknya libatkan semua sekali (ahli jawatankuasa), jadi perlu bincang.
"Kita tidak mahu nanti yang datang segelintir, jadi kalau kita buat, kita hendak semua boleh datang, (tak mahulah) kalau pemilihan itu (sudah berlaku) berlaku 'rumah dah siap, pahat masih berbunyi'," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Johor Penggal 2023/2026 di sini hari ini.
Turut hadir, barisan kepimpinan badan perhubungan UMNO Johor yang baharu.
Pada 18 Mac lepas, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas berlaku dakwaan bahawa kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.
Keputusan tersebut dibuat Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru Azmi Samin selepas dimaklumkan Pengerusi JPU Bahagian Johor Bahru Sonawan Mad Som.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru adalah antara UMNO Bahagian yang menjadi perhatian apabila penyandangnya Tan Sri Shahrir Abd Samad mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan kali ini.
Jawatan Ketua Bahagian itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Mohamed Khaled (foto) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemilihan bahagian itu. -Gambar fail/Bernama
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin berbuka puasa bersama rakyat.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Berbuka puasa sambil menyelusuri sungai Terengganu
Meyaksikan keindahan alam sambil berbuka puasa, pengalaman yang jarang dimiliki.
LG Malaysia perkenal DUALCOOL AI, transformasi HVAC ke arah teknologi pintar
LG Malaysia mengorak langkah baharu dalam industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dengan memperkenalkan DUALCOOL™ AI, penyaman udara pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan kecekapan tenaga, keselesaan optimum dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif.
AWANI SABAH+ Ekslusif Bersama Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah
Temubual eksklusif AWANI SABAH+ bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat kepada bagaimana beliau membawa visi dunia ke negeri di bawah bayu, selain merealisasikan impian demi kesejahteraan rakyat. Dan semua itu diterjemahkan menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Kertas cadangan C4P dibentangkan kepada JPA Mei ini
Kertas cadangan untuk memberi autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P) kini di peringkat akhir dan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Mei ini.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh, gantung
Keputusan dibuat selepas berlaku pertambahan bilangan kertas undi melibatkan perwakilan yang hadir.