KUALA LUMPUR: Demi mastikan kelangsungan UMNO agar terus relevan dalam landskap politik tanah air, presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disarankan agar mengundur diri daripada terus memegang jawatan utama parti, kata Ketua UMNO bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.
Hujah Zakaria, membersihkan parti dan membuang imej 'warlord' merupakan jalan terbaik yang perlu dilakukan sekiranya parti terbesar orang Melayu itu benar-benar mahu berubah.
Menurut Zakaria, bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kepimpinan UMNO sedia ada yang dilihat mempunyai liabiliti dan imej negatif kepada parti perlu ditukar.
"Sebagai pemimpin parti termasuk Presiden, sepatutnya mereka (pucuk kepimpinan parti) tahu ketika mana pengorbanan perlu dilakukan, lebih-lebih lagi dalam menentukan masa depan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
"Berundur setapak bukan bermakna kita akan hilang segalanya...Berundur setapak sebenarnya bagi mendapat nikmat yang jauh lebih baik di depan sana," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir turut sependapat dengan Zakaria dan menganggap Ahmad Zahid akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi sekiranya beliau mahu terus mempertahankan jawatan berkenaan.
Jelas beliau, Ahmad Zahid seharusnya memberi laluan kepada pemimpin UMNO yang dilihat lebih layak iaitu Timbalannya sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memulihkan kembali imej dan reputasi UMNO yang kini tercalar teruk.
"Saya yakin Tok Mat (Mohamad Hasan) lebih berupaya, bersih dan berwibawa untuk mengemudi parti pada PRU15 sekali gus membantu UMNO kembali bangkit.
"Bagi saya, sebagai seorang pemimpin yang sudah berpengalaman dalam mengikuti jatuh bangun UMNO, Ahmad Zahid diyakini akan memahami keperluan UMNO diberi peluang bernafas bermula.
"Kalau UMNO itu dapat bertahan dan muncul kembali nanti, maka kedudukan beliau mungkin akan diselamatkan UMNO di kemudian hari," katanya.
Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika mahu menteri dalam parti itu meletak jawatan atas dasar kepentingan bersama.
Sentimen itu turut disokong Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang menyarankan pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021

Menurut Zakaria, bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kepimpinan UMNO sedia ada yang dilihat mempunyai liabiliti dan imej negatif kepada parti perlu ditukar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.