SANDAKAN: Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata dua wakil rakyat yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Beliau berkata tindakan mereka dilihat sebagai untuk berselindung sebelum Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini.
Poon berkata beliau kecewa dengan keputusan mereka untuk keluar parti, bersama seorang bekas senator, dan hairan dengan komen mereka, antara lain, "terdapat kekurangan kepercayaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan dalam jawatankuasa (parti) negeri, pengerusi negeri khususnya".
"(Turut meletak jawatan sebagai ADUN) merupakan suatu tindakan terhormat. Ia adalah satu penyalahgunaan mandat rakyat bagi mana-mana Yang Berhormat (YB) parti politik yang dipilih untuk meletak jawatan dalam parti untuk menjadi YB bebas atau menyertai parti politik lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Poon mengulas laporan bahawa ADUN Elopura Calvin Chong, ADUN Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin dan bekas senator Adrian Lasimbang telah memutuskan untuk keluar daripada DAP.
Beliau berkata beliau tidak pernah menegur wakil DAP negeri dan sentiasa menghormati mereka dengan menawarkan nasihat dan menyelesaikan isu bersama
BACA: Dua ADUN DAP, bekas senator umum keluar parti
BACA: Dipinggirkan antara sebab ADUN Elopura tinggalkan DAP Sabah
Bagaimanapun, Poon menggesa penyokong dan ahli DAP supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa parti itu akan membina semula dua kawasan pilihan raya - Elopura dan Sri Tanjong.
Sementara itu, Wong ketika dihubungi mengesahkan keluar DAP tetapi akan kekal sebagai ADUN pembangkang.
Wong juga menafikan membuat keputusan itu selepas dipengaruhi bapanya, bekas Pengerusi DAP Sabah Datuk Jimmy Wong yang keluar parti pada November tahun lepas.
"Ia sepenuhnya keputusan saya dan tiada kaitan dengan bapa saya," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Poon.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata dua wakil rakyat yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pengerusi DAP Sabah mahu wakil rakyat keluar parti letak jawatan ADUN
Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata dua wakil rakyat yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kit Siang nafi wujud pergolakan dalam DAP
Penasihat DAP Lim Kit Siang menolak andaian wujud kemelut dalaman susulan empat wakil rakyatnya di Melaka keluar parti.