Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan senarai lengkap barisan Menteri Kabinet yang baharu.
Menerusi ucapannya, Muhyiddin menyatakan pembentukan kabinet ini mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
Pastinya yang mencuri perhatian beberapa pemimpin dari Sarawak yang turut menyertai barisan kabinet ini.
Antaranya pengumuman Ketua WHIP Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai salah seorang daripada empat menteri kanan dan memegang portfolio Menteri Kerja Raya.
Seterusnya Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri selaku Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Manakala tujuh pemimpin dari negeri Bumi Kenyalang turut disenarai sebagai Timbalan Menteri meliputi empat wakil dari GPS dan dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Lima pemimpin dari GPS adalah Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah selaku Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II.
Manakala Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Manakala dua pemimpin dari PKR adalah Willie Mongin yang merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo memegang portfolio Timbalan Perusahaan Perladangan dan Komoditi II dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Anak Biju sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Syafik Shukri Jalil
Mon Mar 09 2020

Muhyiddin menyatakan pembentukan kabinet ini mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengumuman wakil dari Sarawak, pelengkap Kabinet kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan senarai lengkap barisan menteri Kabinet yang baharu.

'Sekolahkan' menteri, timbalan menteri yang tidak hadir di Parlimen
Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Kaa Siong hari ini terkejut dengan apabila tidak ada menteri atau timbalan menteri yang hadir untuk menjawab soalan lisan di Parlimen ini.