PENDANG: Kelompangan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti perlu diperbaiki bagi mengelak rakyat benci dan muak dengan tindakan wakil rakyat yang melompat parti.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan terbuka untuk membaiki kelompangan yang wujud dalam akta itu.
"Kita nampak mungkin ada kelompangan yang boleh kita perbaiki, sudah tentu saya menyambut baik apa yang Perdana Menteri nyatakan.
"Jadi, sebab apa yang kita inginkan pada masa akan datang ialah masa depan negara ini, masa depan yang kita inginkan lebih stabil sebab kita tidak mahu esok rakyat benci dan muak dengan ahli politik," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pendang di Dewan Cenderawasih di sini, petang Jumaat.
Dr Muhamad Akmal berpandangan, ketidakstabilan politik dan masa depan negara menjadi tanda tanya apabila rakyat mula muak dengan ahli politik.
"Bila rakyat benci dan muak dengan ahli politik,maka akhirnya esok apa nak jadi dengan negara kita. Jadi hari ini kita sebagai orang politik kita tahu ada kelemahan maka kita kena perbaiki," katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Muhamad Akmal menyatakan, beliau juga tidak pernah setuju dengan mana-mana pihak yang melompat.
Tambah beliau, rakyat telah melalui pengalaman bertukar perdana menteri banyak kali sebelum ini, yang mana negara tidak boleh dibangunkan dengan baik dan ekonomi teruk hingga menyebabkan mereka merana.
"Ini prinsip di bawah UMNO dari dahulu lagi, jikalau orang UMNO melompat kita marah, jikalau orang Bersatu melompat pun kita marah (dan) jikalau orang Pakatan Harapan (PH) melompat pun kita marah (kerana) ini prinsip kita.
"Ini bukan soal parti, ini soal bagaimana hendak stabilkan kerajaan yang ada, sebab itu persoalan saya jikalau hari ini kita benarkan enam orang melompat, jadi jikalau ada orang lain melompat selepas ini (maka) adakah kita akan benarkan," katanya.
Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya perkara terbabit dibenarkan, maka kestabilan politik. akan berlaku.
"Mungkin selepas ini, (lompat parti) akan berlaku di Perak, di Pahang dan di Negeri Sembilan, mungkin akan berlaku juga di negeri-negeri yang lain. Jadi, akhirnya rakyat terpaksa menanggung kecuaian kita, kesalahan daripada orang politik kita.
"Saya orang yang berpendirian, kalau kita rasa salah, tetap salah, betul, tetap betul," katanya.
Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi enam bekas wakil rakyat Bersatu yang menyokong Perdana Menteri.
Enam Ahli Parlimen itu termasuklah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Bagaimanapun, Anwar pada Jumaat dilaporkan berkata, kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Antilompat Parti.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 13 2024

Dr Muhamad Akmal (tengah) ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pendang di Dewan Cenderawasin, petang Jumaat. - Foto Sinar Harian

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.

Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan
Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.

Perbaiki kelompangan Akta Antilompat Parti, elak rakyat benci dan muak - Akmal
Kelompangan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti perlu diperbaiki bagi mengelak rakyat benci dan muak.

Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.

ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.

PRU15: 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin
Muhyiddin menjelaskan tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak melanggar sebarang akta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober, 2022).

Agong tentukan tarikh pelaksanaan Akta Antilompat Parti - Wan Junaidi
Agong boleh menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa peruntukan seksyen 6 Akta A1663 dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua negeri.

Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor
Katanya, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.