KUALA LUMPUR:UMNO telah membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agungnya, sehingga selewat-lewatnya Jun 2021, ekoran penularan COVID-19 di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Merujuk kepada Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO, katanya, Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.
Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan menyatakan tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi.
"Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 dan 7 Dis 2019, maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Penangguhan melibatkan 764 persidangan iaitu empat mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara.
"Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ia berkemungkinan berupaya merebakkan wabak COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah bersetuju sebulat suara mengenai keputusan ini dan telah mendapat persetujuan secara majoriti daripada Ahli- Ahli Majlis Tertinggi UMNO melalui resolusi secara edaran.
Astro Awani
Thu Oct 22 2020

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian.- Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerjasama DAP: Apa rasional Tajuddin ungkit keputusan PAU2020? - KB UMNO
Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengungkit keputusan 'No DAP, No Anwar, No Bersatu' dengan membayangkan kerjasama dengan parti itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli UMNO.

UMNO beri isyarat 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan Bersatu
Kerjasama dengan Bersatu adalah tidak mustahil akan terjalin kembali selepas pilihan raya terutamanya apabila kedua-dua parti tidak memiliki kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Keahlian 3.35 juta, UMNO kekal parti politik Melayu terbesar
UMNO merekodkan jumlah keahlian kira-kira 3.35 juta orang membabitkan 21,883 cawangan di seluruh negara hingga Jumaat lalu (26 Mac), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

PAU2020: Tugasan buat Puteri UMNO, gariskan 7 'ya' dan 7 'tidak' terhadap parti - Zahida Zarik
Zahida Zarik berkata, perkara itu perlu dilakukan ketika menyantuni rakyat di setiap cawangan dan perlu dihantar setiap minggu.

PAU2020: Kaji semula kerjasama dengan Pas, putus segera hubungan dengan PN - Exco Puteri UMNO
Norfadzlete Aryani berkata, tindakan Pas yang menyertai Perikatan Nasional (PN) jelas tidak ubah seperti pengkhianat kepada MN.

PAU2020: UMNO-Bersatu tidak boleh 'tidur sebantal' - Noraini
Perkara itu diakui Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang menegaskan sayapnya kekal dengan pendirian yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

PAU2020: PH gagal, PN tak cekap, tiba masa BN kembali dalam PRU15 - Tok Mat
Ia membuka mata rakyat bahawa hanya BN mampu mengurus negara serta memastikan kestabilan politik.

PAU 2020 titik mula UMNO betulkan perselisihan - Syed Ali
Perselisihan dalam menangani isu politik semasa membabitkan kerjasama UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) dapat dijernihkan dengan kematangan dan keikhlasan untuk memperkasakan perjuangan parti.

Pas cadang persempadanan semula kawasan Parlimen
Pas mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di beberapa negeri-negeri majoriti Melayu, untuk menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sepatutnya bermula 27 November ini ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.