AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan pertukaran Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Kamel Mohamad hanya perkara biasa dalam landskap kerajaan.
Katanya, tidak timbul soal berlaku ‘kemelut’ dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga memaksa pertukaran seperti didakwa sesetengah pihak.
“Tukar (SUK) itu perkara biasa kerana datang, masuk, pergi dalam setiap jawatan itu merupakan suatu proses dan tidak ada apa yang pelik.
“Kalau dia diperlukan dalam satu-satu tempat yang lebih baik, dia pergilah. Jadi tidak timbul soal kemelut ke apa sebab saya sendiri tahu sudah lama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Dalam pada itu mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Adly Zahari yang mendakwa pertukaran itu seperti tergesa-gesa, Sulaiman menegaskan ia dilakukan mengikut proses yang betul.
“Suka hatilah orang nak cakap kerana kita tahu apa sebenarnya. Mungkin zaman dia benda ini tidak berlaku, zaman saya berlaku kerana ada sebab musabab.
“Saya sendiri sudah tahu lama, sebulan atau tiga bulan lalu saya dah tahu kerana itu perkara biasa kepada mana-mana ketua jabatan dan dia (SUK) mungkin ditukarkan ke satu kementerian yang lebih memerlukan beliau,” tambahnya.
Terdahulu pertukaran SUK Melaka menjadi pertikaian pelbagai pihak selepas didakwa Kamel menerima notis 24 jam dan digantikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zaidi Johari.
Dalam pada itu, meskipun Sulaiman enggan mengesahkan notis 24 jam berkenaan, namun menurut sumber ketika dihubungi Astro AWANI, notis itu dikeluarkan secara mengejut.
“Notis pertukaran itu memang diberikan dalam tempoh 24 jam yang mana beliau terima pada 4 Januari lalu dan diminta melaporkan diri di Putrajaya pada 5 Januari.
“Walaupun pertukaran itu mengejut, sebagai penjawat awam beliau akur lah dengan arahan dan diberikan tetapi akan meneruskan tugas di kementerian mana belum pasti,” kata sumber itu lagi kepada Astro AWANI.
Ends
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jan 06 2022

Sulaiman berkata tidak timbul soal berlaku kemelut dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga memaksa pertukaran seperti didakwa sesetengah pihak. - Astro AWANI

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

'Pertukaran SUK Melaka, hanya perkara biasa' - Sulaiman
Sulaiman berkata tidak timbul soal berlaku kemelut dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga memaksa pertukaran.

Urusan jabatan kerajaan tidak terjejas - SUK Melaka
Urusan pentadbiran kerajaan negeri Melaka tidak akan terjejas susulan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.