KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berkata dalam mesyuarat yang diadakan di Shah Alam tengah hari itu, beberapa nama akan dikemukakan untuk penilaian, termasuklah daripada sayap wanita.
"Kita berharap keputusan (muktamadkan calon) dapat dibuat dalam masa terdekat, namun buat masa sekarang, ia dalam perbincangan, belum ada keputusan lagi.
" ... tapi soal parti mana yang akan bertanding, itu telah ditentukan dan ia (calon) memang daripada DAP," kata Pengerusi DAP Selangor itu hari ini.
Gobind yang juga Menteri Digital ditemui media pada Program #IkhlasMYNIC Sinari Ramadan, Raikan Syawal di Damansara, Selangor yang menyaksikan 48 individu daripada 12 keluarga asnaf dibawa untuk membeli-belah barangan persiapan Aidilfitri masing-masing.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).
Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.
Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.
Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Menteri Digital Gobind Singh Deo bercakap kepada media selepas hadir Program #IkhlasMYNIC di Pavilion Elite, One Utama hari ini. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu didakwa semula
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
![[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap? [KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715310309_PRK.jpg)
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.

PRK KKB: 'Ketakutan' terhadap Pas punca PN gagal raih undi bukan Melayu - Penganalisis
PN perlu akur untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni, kemajmukan masyarakat di satu-satu lokaliti perlu diraih bagi memastikan kemenangan mutlak.

Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.

Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.

Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.

Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."

Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.