KOTA KINABALU: PKR Sabah semalam mengumumkan penyusunan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diterajui pengerusinya Datuk Mustapha Sakmud dan timbalannya Peto Galim.
Timbalan Ketua Penerangan PKR Razeef Rakimin berkata ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata jawatan Naib Pengerusi digalas Azmi Datu Tamboyong, Raymond Ahuar dan Roslan Sapar manakala Sazalye Donol dilantik sebagai Setiausaha.
"Di samping itu Peto Galim juga mengemudi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) manakala Datuk Mustapha Sakmud juga bertindak selaku Pengarah Strategi," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada 26 Mei lepas, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke jawatan Pengerusi MPN PKR Sabah dengan Peto yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, sebagai timbalannya.
Barisan MPN PKR Sabah:
Pengerusi: Datuk Mustapha Sakmud
Timbalan Pengerusi: Peto Galim
Setiausaha: Sazalye Donol
Bendahari: Abdul Razak Jamil
Ketua Penerangan: Razeef Rakimin
Pengarah Komunikasi: Mohd Amin Abdul Mem
Setiausaha Pengelola: Wendey Agong Baruh
Penolong Setiausaha: Thonny Chee
Timbalan Ketua Penerangan: Milus Alu
Penolong Setiausaha Pengelola: Remysta Taylor
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Bagi memantapkan jawatankuasa kepimpinan parti di peringkat negeri, rombakan kepimpinan secara menyeluruh dilakukan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri. - Facebook PKR Sabah
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
PKR Sabah susun semula Majlis Pimpinan Negeri
Ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
PKR Sabah harap tanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN setiap Parlimen - Pengerusi
Datuk Dr Sangkar Rasam berkata harapan itu disuarakan dengan hasrat supaya parti itu tidak dilihat disisihkan di Sabah.
Kaji semula pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan, Menumbok - PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan Labuan merayu Kementerian Dalam Negeri agar mengkaji semula langkah pemeriksaan imigresen yang baru dikuatkuasakan di terminal feri Labuan dan Menumbok.
Sangkar Rasam dilantik Pengerusi MPN Sabah
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu
PRU15: PKR Sabah alu-alu kerjasama dengan Warisan
PKR Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
PRN Sabah: Pilih calon berintegriti - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.
Sabah Memilih: Christina nafi tinggalkan PKR untuk sertai Warisan
PKR Sabah akan terus beri kerjasama kepada Warisan untuk mempertahankan Sabah sewaktu PRN akan datang.