Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya kepada rakan pembangkang lain.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan ia merupakan amanat daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada parti itu untuk berunding mengenai pengagihan kerusi PRU akan datang.
Katanya, ia termasuklah kerusi-kerusi yang hampir menang atau kalah tipis, juga tidak akan diserahkan kepada sesiapa.
"Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.
"Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh bagi kepada sesiapa. Ini akan menjadi amanah kepada pimpinan bila masuk ke peringkat rundingan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-14 di sini hari ini.
Pada masa sama, Saifuddin turut mencadangkan supaya semua calon parti yang terpilih mewakili parti dalam PRU supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.
"Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun dari kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada. Saya bersedia.
"(Ia) supaya calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih dari warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 21 2017
SAIFUDDIN: Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Jualan Proton meningkat 10.8 peratus kepada 9,792 unit pada Mei
Jualan Proton meningkat sebanyak 10.8 peratus kepada 9,792 unit pada Mei 2022.
ERC adakan 21 sesi libat urus di seluruh negara
ERC telah mengadakan sebanyak 21 sesi libat urus di seluruh negara sepanjang 16 bulan lalu untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya.
PH guna prinsip kuasa majoriti untuk buat keputusan
Tiada parti komponen yang akan diketepikan dalam proses membuat keputusan.
Tun Mahathir umum pewujudan pimpinan lima teratas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pewujudan pimpinan lima teratas bagi proses memnbuat dan mempercepatkan keputusan.
Jangan merajuk dan khianati parti - PM Najib
Perdana Menteri turut mengingatkan mereka agar terus bekerja keras bagi mendapatkan mandat daripada rakyat.
PKR tidak akan serah kerusi menang kepada komponen
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya kepada rakan pembangkang lain.
Parti komponen BN jaga kepentingan kaum perkara biasa - Ismail Sabri
Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing adalah perkara biasa.
Malaysia bakal hab pengeluaran Volvo di Asia
Volvo ingin melonjakkan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan dan komponen kereta bagi rantau Asia.
'Pemimpin politik diingat henti main isu perkauman' - Syed Ali
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu pemimpin-pemimpin politik menghentikan memainkan isu perkauman bagi memulihara kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC
Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan.