KUALA LUMPUR:Seorang ahli parlimen dari Pakatan Harapan (PH), menyarankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ekoran telah hilang sokongan majoriti.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menjelaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini sudah boleh dianggap tumbang selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak lagi menyokong gabungan itu.
"Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang. Dua ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak.
"Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-14 tinggal 220 orang. Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri dan kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Hassan berkata, pada 1 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
"Kini Ahli Parlimen Machang telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan juga kerajaan PN. Dalam keadaan ini, elok kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sekali lagi. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
"Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Hassan berkata, sepanjang tempoh 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli Parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.
"Peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah jelas. Maka saya selaku salah seorang ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri supaya mematuhi Perlembagaan Persekutuan iaitu dengan segera mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan seberapa segera.
"Ahli Parlimen Pagoh itu semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri telah berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Inilah masanya untuk membuktikan ikrar dan sumpah jawatan tersebut," katanya.
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021

Hassan berkata, sepanjang tempoh 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangsa di seluruh negara berkurang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang tadi.

Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir
Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Dua termasuk budak 10 tahun maut nahas empat kenderaan
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 38 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang.

Lelaki ditembak sempat larikan kereta polis sebelum maut
Seorang lelaki maut ditembak selepas menyerang pihak polis dengan senjata tajam dalam kejadian jam 4.30 pagi di Tok Bok, di sini pada Isnin.

Lelaki serang polis maut ditembak
Seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai bertindak agresif menyerang polis dengan senjata tajam di Tok Bok, di sini pada Isnin.

Lelaki maut bergaduh depan kedai
Seorang kakitangan awam maut dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala di sini.

Dua individu maut, van bertembung treler
Dua individu maut selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Batang Merbau dekat sini pada Selasa.

Polis tahan lelaki miliki pistol, lima peluru
Turut ditemukan 4 butir peluru hidup dalam kelopak, dua bilah keris kecil, sembilan bilah pedang, dan satu bilah parang berhulu kayu.

'Adik Kiss' dan 'Long' tenang 'bersiar-siar atas motosikal
Aksi Muhammad Amir bersama ayam dan kucingnya bersiar-siar dengan motosikal sering menarik perhatian pengguna jalan raya.