TUMPAT: Sama ada tumbang atau tidak kerajaan Perikatan Nasional susulan tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang.
“Yang menentukannya (tumbang atau tidak) adalah bilangan Ahli Parlimen. Belum tentu semua Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan setelah keputusan ini dibuat dan belum tentu pula Ahli Parlimen pembangkang tidak datang menyokong.
“Ramai pembangkang mesra kerajaan jadi tumbang atau tidak hanya boleh ditentukan dalam Parlimen. Tak boleh kata satu keputusan itu (membuatkan) kerajaan ini tumbang,” ujar Che Abdullah.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Beliau berpandangan, keputusan yang dibuat UMNO itu harus dihormati.
Bagaimanapun beliau mengambil sikap tunggu dan lihat natijah susulan keputusan yang dibuat oleh UMNO berkenaan.
Che Abdullah sebelum itu menyampaikan bantuan makanan dan peruntukan bagi membantu rakyat terkesan bagi kawasan Parlimen Tumpat berjumlah RM544,000.
Ia membabitkan peruntukan RM100,000 bagi empat Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing DUN Wakaf Baru, Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor.
Muhafandi Muhamad
Thu Jul 08 2021

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan PN hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.