KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi untuk menyoal Presiden UMNO berhubung isu surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Tegasnya, Puad seharusnya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab persoalan berkenaan, sebelum menegur MIC berhubung kerjasama politik dengan pihak lain selain Barisan Nasional (BN), lapor Free Malaysia Today pada Selasa.
"Dia (Puad) berani ke tanya presiden dia?.
“Tanyalah keputusan siapa? Adakah itu keputusan BN atau UMNO? Kalau bukan dua-dua, habis keputusan siapa?," katanya dilaporkan portal berkenaan.
Malah tegas Vigneswaran, Zahid sepatutnya menjawab isu berhubung keputusan untuk menyokong pemimpin parti lawan seperti yang dikatakan tertulis dalam surat terbabit jika ia bukan keputusan BN.
BACA: Sokong Anwar: Surat didakwa diutuskan Zahid kepada Agong mula tular
BACA: Sokong Anwar: UMNO harap rakyat tidak terpedaya dengan surat palsu
Sebelum ini, Puad memberi teguran kepada MIC dan MCA agar jangan gopoh mencari 'rakan pergantungan' baharu hanya kerana kedua-dua parti itu mempunyai satu atau dua kerusi kawasan pilihan raya.
Puad antara lain dilaporkan mengingatkan kedua-dua parti itu mengenai pengalaman UMNO dilayan umpama 'adik tiri' selepas bersama Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut, Vigneswaran turut menyanggah teguran itu dan mengingatkan agar tiada tuduhan terus dituju terhadap MIC atas keputusan menyokong kerajaan PN sebelum ini.
"Siapa yang gopoh? Siapa yang bagi surat kepada Agong untuk menyokong Anwar. Cukuplah, bagi kita ada kerusi ke tiada kerusi ke, kita tak ada masalah.
"Bukan mati pun. Yang bermasalah sekarang parti tunjang BN, iaitu UMNO. Saya menggesa Puad beri nasihat kepada kepimpinan UMNO sahaja. Perbetulkan isu dalam UMNO dulu," katanya lagi.
Tambahnya lagi, MIC tiada masalah untuk terus menyokong kerajaan PN meskipun UMNO membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah MIC ujarnya, adalah parti komponen yang setia bersama BN ketika tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Justeru, MIC tidak pernah membuat keputusan untuk keluar daripada BN meskipun menyatakan sokongan terhadap PN.
"Saya tidak mahu bergaduh dengan abang-abang dan adik-adik saya. Kalau mereka bangkitkan isu kita kena jawab. Jangan meludah ke langit kerana ia akan jatuh ke muka.
"Bila kita cakap kita sokong PN janganlah tuduh kita macam-macam. Sebelum ini semua sudah lari dari BN, yang tinggal kita…tapi kamu nak perkecil lagi kita." tegasnya lagi.
Fareez Azman
Tue Apr 06 2021

Tegas Vigneswaran, Zahid sepatutnya menjawab isu berhubung keputusan untuk menyokong pemimpin parti lawan seperti yang dikatakan tertulis dalam surat terbabit jika ia bukan keputusan BN. - Gambar fail/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.