Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Min (Cawangan 2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau, SJKC Kong Min (Cawangan 1), SJKC Chiao Nan, SK Seri Aman, SK Ayer Itam, Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) dan SK Seri Indah.
Proses pengundian turut berlangsung di SMK Chung Ling, SMK Georgetown, SK Batu Lanchang, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian, SMK Hamid Khan, SK Bukit Gelugor, SMK Datuk Hj Mohd Nor Ahmad dan SK Sungai Gelugor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus tetapi sehingga pukul 4 petang, seramai 43,814 atau 53.26 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pengiraan undi bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Pinang, dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam ini.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.
Bernama
Sun May 25 2014
![PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400978825_295x200.jpg)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus - Foto Bernama
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611639604_Anwar.jpg)
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin
![Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603196376_RamkarpalSingh.jpg)
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
![Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592815168_TakiyuddinHassan.jpg)
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
![Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579711438_LimGuanEng.jpg)
Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
![Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546345693_tol.jpg)
Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng
Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan yang berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH).
![Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531904225_TBjpg.jpg)
Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
Arahan tersebut dikeluarkan selepas Ramkarpal Singh enggan tarik balik label 'gengster' yang digunakannya terhadap Pemuda UMNO.
![Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521876086_DatukSeriNajibTun.jpg)
Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang itu sebagai suatu yang pelik.
![PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385108668_295x200.jpg)
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
![DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81401024249_295x200.jpg)
DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor
Ramkarpal yang telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 , meraih jumlah undi sebanyak 41,242.
![PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400978825_295x200.jpg)
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.