MELAKA: Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-Barisan Nasional (UMNO-BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali kerusi DUN berkenaan.
Setiausaha BN Kelantan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata Mohd Azmawi Fikri yang merupakan calon anak tempatan, telah lama berkhidmat di kawasan tersebut dan dilihat sewajarnya dipilih masyarakat di situ untuk mewakili mereka, sekali gus menambah suara di DUN Kelantan.
"Ini semua tentang (DUN) Nenggiri, kita mahu pilih fasilitator jaga kawasan, wakil tempatan dan beliau calon paling awal diumumkan, sedangkan mereka (lawan) masih struggle.
"Kawasan itu terdiri kampung tradisi, peneroka, selain kira-kira 2,500 Orang Asli... banyak isu mengenai rakyat, pembangunan kawasan itu yang perlu diberi perhatian," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Dewan Tun Ali Bukit Katil, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
Md Alwi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata dengan kerja keras dan usaha padu semua pihak, beliau percaya ia dapat memberi kemenangan kepada BN untuk merampas semula kerusi DUN berkenaan.
Pada 19 Jun, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong, selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari pengundian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
Md Alwi berkata dengan kerja keras dan usaha padu semua pihak, beliau percaya ia dapat memberi kemenangan kepada BN untuk merampas semula kerusi DUN berkenaan. - Gambar fail/FB Md Alwi
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.