Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun memberi peringatan kepada semua parti politik supaya menghentikan aktiviti berkempen dengan serta-merta.
Menurut Azhar, beberapa aduan diterima pihak SPR berkenaan salah laku ini yang terjadi berdekatan pusat-pusat mengundi di sini.
“Barung dan pondok panas sebenarnya tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954.
“Saya sudah tekankan perkara ini banyak kali. Kami menerima banyak laporan mengenai barong panas ini di mana kemudahan itu disalahgunakan,” katanya kepada media ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, di sini, pada Sabtu.
Bagaimanapun, kata Azhar, pondok rehat dibenarkan untuk diletak di luar pusat mengundi, asalkan tiada aktiviti kempen dijalankan di situ.
“Kalau nak buka pondok rehat tanpa ada apa-apa aktiviti meraih undi, itu dibenarkan,” katanya lagi.
Mengenai isu penyokong parti politik yang memakai pakaian yang mempunyai logo atau bendera parti di luar pusat mengundi, beliau berkata ia tidak salah di sisi undang-undang.
“Kita tak boleh nak larang orang pakai baju ada logo atau bendera parti kerana kita tidak ada kuasa tentang perkara ini," kata Azhar.
Beliau berkata demikian susulan dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih berkempen secara terbuka di luar pusat-pusat mengundi.
Ahli Jawatankuasa Pusatnya, S Arutchelvan melahirkan kekecewaan dengan situasi itu dan berkata satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beserta gambar sebagai bukti.
Apabila ditanya mengenai dakwaan calon PH Muhammad Aiman Zainali yang dikatakan berkempen di dalam kawasan pusat mengundi, Azhar memberi amaran tegas bahawa itu merupakan satu kesalahan.
Peringatan itu turut diajukan kepada pihak media agar tidak bertanya soalan berkaitan kempen kepada calon pada hari pengundian.
“Media pun janganlah tanya soalan begitu. Kalau anda tanya soalan begitu pasti dia (calon) jawab.
“Kalau dia jawab undilah saya, ini memang tidak dibenarkan kerana waktu berkempen sudah tamat.
“Kalau boleh saya minta pihak media jangan tanya soalan siapa patut diundi (kepada calon) kerana mengikut undang-undang, ia dikira sebagai membantu membuat kesalahan,” katanya lagi.
Arfa Yunus
Sat Mar 02 2019

Azhar Azizan Harun ketika membuat tinjauan ke pusat pengundian PRK N24 DUN Semenyih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Beranang, 2 Mac, 2019. --fotoBERNAMA

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berhati-hati, jamu makan, minum pun rasuah!
Undang-undang AKPR 1954 agak ketat, tetapi malangnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan (enforcement).

PRK Kimanis: Jangan uji kesabaran rakyat, sila penuhi semua janji manis manifesto
Tidak boleh wujud sebarang alasan untuk tidak memenuhi segala janji pilihan raya yang telah diberikan pada masa lalu.

PRK DUN Semenyih: Hentikan aktiviti kempen sekarang! - Pengerusi SPR
Beberapa aduan diterima pihak SPR berkenaan salah laku ini yang terjadi berdekatan pusat-pusat mengundi di sini.

PRK Semenyih: 19 laporan polis diterima
Satu daripada kertas siasatan itu, melibatkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 iaitu memberi ceramah tanpa permit.

Jangan guna unsur perkauman, sentimen agama semasa berkempen - SPR
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun memberi amaran bahawa penggunaan unsur perkauman dan sentimen agama merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Majikan dinasihat benar pekerja mengundi - Riot
Majikan diminta membenarkan para pekerja menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini yang jatuh pada Rabu.