SHAH ALAM: Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan pada 11 Mei depan.
Setiausaha PH Selangor Dr Mohd Khairudin Othman berkata pelantikan Ng dibuat pada mesyuarat bersama kepimpinan PH Selangor hari ini.
Mohd Khairudin berkata selain beliau, Ng yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor akan dibantu oleh Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof.
"Pasukan ini akan menubuhkan beberapa jawatankuasa utama dan telah sedia untuk bergerak secara rasmi bermula dari hari penamaan calon sehingga tiba hari mengundi.
"Pasukan ini juga akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelaras tugas berkait kempen PRK Kuala Kubu Bharu dengan PH pusat serta parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Khairudin juga berkata PH belum memutuskan calon pada PRK berkenaan kerana perkara itu masih dalam perbincangan.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei, manakala hari pengundian pada 11 Mei.
Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.
Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas berapa tahun bergelut melawan kanser.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan pada 11 Mei depan. - Gambar fail/BERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu didakwa semula
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
PRK KKB: 'Ketakutan' terhadap Pas punca PN gagal raih undi bukan Melayu - Penganalisis
PN perlu akur untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni, kemajmukan masyarakat di satu-satu lokaliti perlu diraih bagi memastikan kemenangan mutlak.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.