NIBONG TEBAL: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan 'pertembungan' antara calon mewakili gabungan dua parti berseteru di Pasar Malam Puteri Gunong, di sini.
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal`, Abidin Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dilihat bertemu apabila hadir bagi merayu undi masyarakat Sungai Bakap di pasar berkenaan.
Kedua-dua calon yang sibuk bertemu dengan pengundi termasuk peniaga dan pengunjung pasar tersebut, turut sempat berjabat tangan serta mengambil gambar bersama sebelum meneruskan sesi berkempen masing-masing pada jam 6 petang ini.
Joohari ketika ditemui pemberita menzahirkan perasaan seronok atas pengalaman yang menurutnya baharu apabila berjumpa dengan calon dan juga jentera PN.
"Kita okey je, kita berkawan dan bersaing secara sihat. Ketika bertemu (Abidin), saya beritahu kita fokus kepada isu masyarakat dan tidak perlu membawa isu provokasi," katanya.
Sementara itu, Abidin yang menyifatkan pertembungan tersebut sebagai 'luar jangka' dan menerima positif pertemuan itu, berkata sambutan orang ramai juga khususnya kaum Tionghua dan India sepanjang kempen setakat ini dilihat sangat baik.
Beliau turut memaklumkan antara isu yang sering diterimanya sepanjang berkempen bertemu masyarakat adalah masalah gangguan lalat, justeru berjanji akan membawa isu itu kepada pihak berwajib sekiranya dipilih menjadi calon.
Joohari dan Abidin bersaing dalam pertandingan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.
Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Calon PH Dr Joohari Ariffin (kanan) bersama calon PN Abidin Ismail ketika hadir bertemu para peniaga di Pasar Malam Taman Puteri Gunung sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap hari ini. - Foto BERNAMA

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Konflik gajah-manusia di Felda Umas membimbangkan
Konflik manusia dan gajah di kawasan Felda Umas Kalabakan tidak berkesudahan walaupun pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan pihak berwajib

PRK Sg Bakap: Calon PH, PN 'bertembung' ketika sibuk raih undi
Kedua-dua calon dilihat bertemu apabila hadir bagi merayu undi masyarakat Sungai Bakap di pasar berkenaan.