NIBONG TEBAL: Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan pada 12 Jun ini (Rabu) di sini.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebelum itu, calon yang dipilih oleh PKR itu akan dikemukakan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Perpaduan Pusat pada petang Selasa ini.
"Senarai calon telah dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Pilihan Raya. Calon telah disaring oleh Majlis Kepimpinan Negeri Pulau Pinang.
"Kita akan kemukakan nama yang dipilih sebagai calon itu mengikut proses semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Perpaduan pada Selasa. Itulah prosesnya walaupun PKR yang bertanding, tetapi rakan sekutu akan meluluskan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Perpaduan PRK Sungai Bakap di sini, malam tadi.
Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat berkata, PRK Sungai Bakap bukan medan pilihan raya yang mudah bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), namun mempunyai peluang untuk merampas kembali kerusi yang beliau sifatkan sebagai "pinjaman" kepada Perikatan Nasional (PN).
"Kita terima hakikat yang kita turun ke gelanggang PRK ini sebagai underdog, namun kita yakin dapat kembalikan semula kerusi Sungai Bakap yang dipinjamkan sekejap kepada PN," katanya.
Beliau juga mengingatkan jentera gabungan PH agar kempen pada PRK Sungai Bakap harus berbeza, dengan ceramahnya perlu menyentuh isu rakyat Palestin dan mempunyai tayangan video kesengsaraan rakyat.
Selain itu, Menteri Ekonomi itu turut meminta semua jentera parti agar memasuki gelanggang PRK dengan berhemah dan menjawab segala tuduhan serta tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang dengan cara yang baik.
Beliau yang menyifatkan calon yang akan dipilih kelak sebagai 'pengantin', diingatkan supaya sentiasa senyum dan bersalaman dengan pengundi, sebaliknya jentera atau pemimpin parti yang akan berlawan dalam ceramah menjawab segala tuduhan pembangkang.
Turut hadir Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.
PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Mohd Rafizi (tengah) melancarkan Jentera Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil N.20 Sungai Bakap di Sungai Bakap, 9 Jun 2024. --fotoBERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.