NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula hari ini.
Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara berusia 60 tahun itu berkata pendekatan aspirasi daripada akronim PADU itu dilihat bersesuaian dengan pelaksanaan kempen di kawasan berkenaan.
"PADU diambil daripada perkataan perpaduan. Jadi saya nak tekankan P ialah prasarana kerana ia sering kali menjadi masalah masyarakat di sini termasuk isu bekalan air, banjir dan juga (kerosakan) jalan raya.
"Huruf A adalah menerusi penekanan akhlak, akademik dan anak muda, manakala D berkisarkan tentang damai, maka kita akan cuba memastikan sekurang-kurangnya untuk peringkat ini kita akan laksanakan kempen politik secara berakhlak dan cuba hulurkan perdamaian," katanya ketika ditemui selepas selesai penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini hari ini.
Bekas guru dan pemegang ijazah kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata sekiranya diangkat sebagai wakil rakyat kelak, beliau akan memastikan semua pengundi di kawasan itu dilayan secara adil, sesuai dengan huruf U yang bermaksud Untuk Semua.
"Bila kita dipilih rakyat daripada pelbagai kaum dan parti, maka kita akan beri perkhidmatan kepada semua tidak kiralah yang mengundi atau tak kerana sebagai wakil rakyat kita perlu pastikan rakyat dilayan secara adil," katanya.
Justeru, Joohari berkata beliau akan bekerja kuat untuk memenangi kawasan itu sekali gus merealisasikan hasrat PH merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 sebelum ia terlepas ke tangan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas.
Terdahulu, Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Bakap Khairulnizam Hashim mengumumkan PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail.
Sementara itu, Abidin, 56, ketika ditemui berjanji akan menyambung legasi penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Nor Zamri Latiff yang dikenali sebagai individu mudah didekati masyarakat untuk pelbagai urusan, seterusnya berazam meneruskan kelaziman yang ada demi kesejahteraan penduduk setempat.
"Melalui pelbagai program kemasyarakatan yang diatur sepanjang tempoh berkempen, saya juga bertekad untuk menyantuni seramai mungkin pengundi, yang setakat ini kita lihat memberikan sokongan baik," katanya yang pernah bekerja sebagai pembantu Nor Zamri.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 6 Julai, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Joohari (enam,kiri) berjalan bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan selepas pengumuman calon di pusat penamaan calon Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. - Foto Bernama

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.