BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) tidak mahu melihat situasi pertembungan empat penjuru di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu kelebihan kepada parti itu untuk menang selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan melihat kepada aspek kelebihan atau kekurangan apabila terlalu ramai calon diketengahkan pelbagai parti.
"Angin perubahan mula bertiup di Johor bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu... peningkatan sokongan pengundi India dan Cina terutama di kawasan bandar telah mula bertukar arah kepada calon BN," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ayer Hitam Barat di sini, hari ini.
Pada PRN Johor, daripada 56 kerusi DUN, dua kawasan iaitu Kempas dan Tiram menyaksikan pertandingan tujuh penjuru, pertandingan enam penjuru di empat kerusi, lima penjuru (lapan), empat penjuru (35) dan tiga penjuru (7).
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO yakin beberapa tawaran dalam manisfesto BN yang akan dilancarkan kelak seperti menawarkan rumah generasi kedua kepada peneroka Felda yang akan diletakkan di bawah kerajaan negeri, akan memberikan harapan kepada pengundi muda.
Katanya lebih 70 peratus muka baharu yang diketengahkan sebagai calon BN adalah 'hidangan' baharu kepada rakyat Johor yang mampu menjadi pembawa perubahan dalam kalangan pengundi muda.
"Walaupun calon-calon ini bertembung dengan calon sama taraf dari segi umur, kelayakan akademik, muka baharu tetapi kita yakin berdasarkan rekod daripada Kerajaan Johor yang mempunyai 14 Menteri Besar di bawah pimpinan BN atau UMNO, memberi keyakinan dan harapan semula kepada calon untuk bentuk kerajaan negeri," katanya.
BACA: PRN Johor: Saingan banyak penjuru beri kelebihan pada BN - Najib
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata BN akan mencadangkan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu bagi negeri ini sekiranya parti itu diberi mandat pada PRN Johor.
Katanya ia penting untuk Kerajaan Negeri Johor membela kepentingan rakyat terutamanya pekerja yang berpendapatan rendah
"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana ia juga tertakluk kepada dasar kerajaan Persekutuan," katanya.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun lebih ramai calon bertanding dilihat memberi kelebihan kepada BN tetapi baginya parti itu masih perlu bekerja keras untuk menang.
"'The More The Merrier'... kita rasa lebih ramai calon kemungkinan lebih baik peluang untuk BN, tetapi kita tidak boleh merasakan terlalu optimis. Kita mesti bekerja keras dan yakin bahawa kita ini menawarkan agenda yang terbaik untuk rakyat. Kita mesti bersikap rendah diri, bahawa kita ini sedang meminta mandat daripada rakyat. Kita serah diri kita kepada rakyat supaya rakyat buat penilaian yang bijak," katanya ketika ditemui di Taman Cempaka di sini.
Beliau berada di situ bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Ramlee Bohani yang merupakan calon BN bagi DUN Kempas.
Najib berkata berkata sambutan hangat yang diterimanya sewaktu meluangkan masa bersantai bersama penduduk di Taman Cempaka dianggap sebagai manifestasi kepada peningkatan sokongan terhadap BN.
Selain Ramlee, turut bertanding di DUN Kempas, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru, ialah Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis Maharan dan Nur Faizal Abdullah daripada Perikatan Nasional.
Tiga lagi adalah calon Bebas iaitu guru sekolah swasta Mohd Azwan Abd Rahman, bekas ketua kampung Mohd Hambali Munadi dan kontraktor Mohd Suhimi A Rahman.
Namun, tumpuan lebih kepada Nornekman Osman daripada Parti Pejuang Tanah Air yang merupakan anak kepada penyandang kerusi itu dan bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Pusat Daerah Mengundi Ayer Hitam Barat di Dewan Terbuka Taman UPC hari ini. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.