JOHOR BAHRU: Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan ramai muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diyakini mampu meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti itu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata ini adalah kerana muka baharu yang diketengahkan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tinggi, malah memenuhi aspirasi rakyat Johor bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini.
"Bukan sahaja calon lelaki ada tahap pendidikan yang tinggi tetapi juga wanita. Malah telah terbukti wanita boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Apa yang lebih penting sekali adalah tawaran daripada BN, naratif pertama adalah untuk kestabilan politik dan kestabilan ini adalah untuk kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) di sini hari ini.
Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan BN mengetengahkan muka-muka baharu pada pilihan raya negeri kali ini.
BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi pada PRN Johor melibatkan calon-calon daripada UMNO dengan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat).
Berdasarkan data, BN merupakan parti yang mengetengahkan paling ramai calon wanita dalam PRN Johor kali ini dengan 14 orang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Mahdzir berkata ini adalah kerana muka baharu yang diketengahkan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tinggi, malah memenuhi aspirasi rakyat Johor bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini. - Gambar fail/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PRU15: Kekal setia, cuma cara digugurkan itu yang terkilan - Mohd Salim
Mohd Salim tekad untuk terus berada dalam saf kepimpinan Barisan Nasional dan akan memberikan sokongan kepada calon baharu.

PRU15: Pengundi Pulau Pinang mahukan calon baharu, bawa pembaharuan 'fresh'
Sejak pagi tadi Astro AWANI melakukan tinjauan di sekitar Pulau Pinang bagi melihat pandangan pengundi sekitar.

PRU15: PKR Perlis tampil enam calon baharu di kerusi DUN
PKR akan menampilkan enam muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Nama dan prestasi bukan penentu, jenama dan manifesto faktor penarik
Ahmad Marthada menegaskan pengalamannya sebagai pemimpin merupakan satu kelebihan, namun ia bukan segala-galanya.

PRN Johor: Calon baharu, wanita mampu tarik sokongan pengundi terhadap BN - Mahdzir
Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan ramai muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diyakini mampu meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti itu.

PRN Melaka: SOP ketat cabaran calon baharu dekati pengundi - Mohamad Ali
Calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, mengakui prosedur operasi standard (SOP) merupakan cabaran besar baginya dalam PRN.

PBB sentiasa sediakan kuota 10 peratus untuk muka baharu - Fadillah
Menurut Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, parti itu sentiasa membuka ruang kepada calon baharu dalam PRN Sarawak.