PAGOH: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong termasuk golongan muda perlu berani menukar pemimpin bagi menjadikan landskap politik yang lebih kompeten.
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di DUN tersebut, Afiqah Zulkifli berkata, situasi politik negara yang dipenuhi golongan 'elit politik' mengakibatkan Malaysia semakin terkebelakang dan tiada perubahan dalam pembuatan polisi.
Justeru, pegawai khas kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu berharap para pengundi tidak putus asa untuk membawa perubahan dalam sistem demokrasi negara.
"Tetapi rakyat tidak boleh ambil mudah kuasa mengundi itu. Rakyat pun ada kuasa, kalau 'elit politik' ini dia ada duit yang banyak, (tetapi) rakyat perlu sedar yang rakyat ada kuasa mengundi.
"Dengan keluar mengundi, dengan soladiriti daripada rakyat, rakyat mampu menukar pemimpin dan mampu mengajar pemimpin yang merasakan mereka boleh membeli undi... yang merasakan pengundi ini boleh digula-gulakan, boleh ditipu, dicandukan dengan wang, (atau) dengan retorik agama dan kaum," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Afiqah, 31, berkata dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, generasi muda akan terkesan dengan pembuatan dasar termasuk dalam sistem pendidikan, sekiranya tiada perubahan dalam tampuk kepimpinan negara.
Tegas graduan Sarjana Sains Alam Bina (Pengurusan Bencana) itu lagi, peluang untuk menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya mereka yang pertama kali mengundi, tidak seharusnya disia-siakan.
"Jadi saya kira kalau anak muda tidak keluar mengundi, mereka mensia-siakan kuasa yang ada.
"Kita tahu kita ada masalah tapak politik di Malaysia, tetapi kita tunjukkan kepada mereka-mereka yang mempermainkan demokrasi bahawa kami juga ada kuasa, anak muda juga ada kuasa. Dengan cara, itu 'elite politik' itu akan lebih takut kepada para pengundi," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kepercayaan yang diberikan parti MUDA untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Kepong, Afiqah menyifatkan ia sebagai satu amanah yang besar.
Sebagai parti baharu, beliau berkata satu cabaran besar untuk membawa nama MUDA yang memiliki jangkaan yang tinggi oleh kebanyakan masyarakat.
DUN Bukit Kepong bakal menyaksikan persaingan empat penjuru pada PRN Johor, 12 Mac ini.
Selain Afiqah, turut bertanding di kerusi tersebut ialah Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada Perikatan Nasional (PN); calon Barisan Nasional (BN), Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), diwakili Md Taib Md Suhut.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Sahruddin yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor memenangi DUN Bukit Kepong atas tiket Pakatan Harapan (PH), mengalahkan calon BN, Mohd Noor Taib dan Pas, Muhamad Nur Iqbal Abd Razak.
Hasimi Muhamad
Mon Feb 28 2022

Dari kiri: Afiqah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika melawat kawasan Bukit Pasir, Pagoh pada Sabtu - Foto Twitter/Afiqah Zulkifli

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

PRN: MUDA lebih takut hilang prinsip berbanding deposit
Syed Saddiq mendakwa, tindakan membenarkan sogokan wang dalam pilihan raya negeri (PRN) adalah perbuatan yang teruk.

PRN: MUDA isytihar harta calon bertanding dalam masa terdekat
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam masa terdekat.

PRU15: MUDA ajak parti politik cari solusi masalah rakyat dalam 'pertandingan idea'
Mereka boleh membentangkan idea antaranya cara untuk menambah baik sistem pengangkutan awam, pendidikan negara dan gaji pekerja.

PRN Johor: Afiqah akan bekerja 10 kali ganda, mahu rapatkan jurang pembangunan di DUN Bukit Kepong
Fokus Afiqah di DUN Bukit Kepong adalah merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, serta memastikan Johor bersedia menghadapi cabatran semasa dan akan datang.

PRN Johor: 'Jangan takut tukar pemimpin, 'ajar' mereka yang mainkan demokrasi' - Afiqah
Afiqah berharap para pengundi tidak putus asa untuk membawa perubahan dalam sistem demokrasi negara.

Parti MUDA: Ujikaji politik atau klon PKR 2.0?
MUDA harus bijak memilih agenda untuk menyakinkan semua peringkat usia pengundi merentasi pelbagai etnik tanpa memilih hanya belia.

Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga September' - MUDA
Parti Ikatan Demokratik Malaysia sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti.

Syed Saddiq daftar parti Muda hari ini
Kata Syed Saddiq, beliau ingin mewujudkan parti politik tempatan pertama yang digerakkan anak muda serta berbilang kaum dan agama.