KUCHING: Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bukti jelas kesan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Jelas Ahli Parlimen Santubong itu pentadbiran PH gagal membalas kepercayaan rakyat dan kesudahannya tersungkur di tangan rakyat menerusi tiga PRN yang telah berlalu.
“Pada saya setelah melihat apa yang berlaku di Melaka dan Sarawak kita dapat satu pandangan bahawa 22 bulan Pakatan Harapan mentadbir negara, mereka tidak memberi pulangan kepada negara, kepada rakyat... dan rakyat marah. Kesannya ialah apa sahaja yang dia (PH) lakukan, baik atau jahat, ia memberi kesan kepada semua pilihan raya ini.
“Jadi bukan mudah nak mentadbir negara. Jangan fikir bijak pandai akan boleh mentadbir negara. Kebijaksanaan itu mesti ada pada setiap pentadbir jadi itulah makanya rakyat menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan belum lagi mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk menerajui negara secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Bako di sini pada Ahad.
Wan Junaidi pada masa sama percaya kepimpinan yang bijaksana akan mampu menarik sokongan rakyat tanpa perlu bergantung kepada latar belakang mana-mana parti yang terlibat.
Tegasnya, gaya kepimpinan sedemikian penting kerana undi rakyat kelak akan menjadi kunci kepada kesuburan sesebuah negeri atau negara dalam pelbagai bidang.
“Ini bukan soal reformasi, soalnya adalah rakyat mahukan makanan ada di atas meja, pelabur datang daripada luar negara, kestabilan politik, kestabilan rakyat itu yang perlu difikirkan.
“Refleksi saya mudah, kemenangan BN ini mengajar pihak yang merasakan mereka bijak dalam pentadbiran perlu lagi banyak belajar bagaimana mentadbir negara, apa pun yang mereka katakan misalnya kepada Najib dan kepada Zahid tetap rakyat tahu bahawa BN adalah pentadbir yang boleh meneraju kerajaan,” katanya.
PRN Johor yang berakhir semalam menyaksikan kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dengan kemenangan 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Mar 13 2022

Wan Junaidi mengingatkan pihak yang merasakan mereka 'hebat' untuk lebih banyak belajar bagaimana mentadbir negara. - Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.