KUALA LUMPUR: Selepas Sabah, Melaka, kemudian Sarawak, kini Johor pula. Sudah empat pilihan raya negeri (PRN) diadakan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 empat tahun lepas.
Ada apa di Johor sehingga terbubarnya DUN dan perlunya diadakan PRN sekarang, seperti tidak sabar menunggu PRU yang dijangka berlangsung kurang lebih setahun lagi?
Mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan, ia tidak salah memandangkan tempoh matang penggal sudah berlalu, tetapi apa yang berlaku di Johor beberapa hari kebelakangan ini seperti ‘agak mengejut’ kerana segalanya nampak tenang pada zahirnya.
Muafakat politik di Johor selepas jajaran baharu pada Februari 2020 antara yang paling lancar, tetapi katanya segala pergerakan kerajaan negeri adalah ‘atas ihsan’ pembangkang yang mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam muafakat itu.
Maka ramai pemerhati yang melihat, UMNO-BN mahu mengambil kesempatan ini ketika momentum keyakinan susulan kemenangan di Melaka tempoh hari masih tinggi untuk mengukuhkan semula kuasanya dalam kerajaan negeri selepas tergelincir pada PRU yang lepas.
Tanpa menunggu sehingga PRU, UMNO boleh mengerahkan segala kekuatan jenteranya dari seluruh negara ke selatan untuk memastikan misi mengembalikan negeri kelahirannya sebagai kubu kuat parti itu tercapai.
Juga sudah tentu, yang akan menjadi tumpuan adalah bagaimana parti-parti politik bertanding akan menyambut kehadiran kira-kira 700,000 pengundi baharu di negeri Johor ekoran terlaksananya pendaftaran pemilih automatik bagi setiap warga berusia 18 tahun.
Bagaimanapun ketika percaturan kuasa digerakkan, usah dilupa bahawa rakyat masih perlahan-lahan merangkak untuk bangkit selepas dibadai COVID-19, datang pula gelombang varian baharu Omicron. Tidak sempat bersiap untuk itu, dilanda pula banjir besar ketika transisi antara tahun tempoh hari.
Sudah pasti segalanya akan memberi kesan kepada rakyat, yang secara amnya pasti cuba untuk menduga bagaimana langkah para pemain politik ini dapat membantu menambah baik kesejahteraan hidup di waktu mencabar ini.
Malam ini, Dialog Tiga Penjuru menampilkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat; dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.
Saksikan pada jam 8.30 malam, hanya di saluran 501 dan astroawani.com