KLUANG: Media rasmi kerajaan dibenarkan menjadi medium memperkenalkan semua calon termasuk calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ia selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri bahawa stesen radio dan televisyen kerajaan, boleh memainkan peranan berkenaan supaya calon lebih mudah dikenali.
"Kita benarkan selagi ia tidak bercanggah dengan peranan media rasmi kerajaan, kerana seperti mana yang kita tahu media rasmi kerajaan bertanggungjawab menyampaikan mesej-mesej kerajaan.
"Yang bertanding nanti adalah parti, namun begitu kerajaan juga bertanggungjawab untuk menghidupkan proses demokrasi yang menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Zon Tengah, di sini malam ini.
Mengulas mengenai Komuniti Keluarga Malaysia terutamanya ketika PRN Johor ini, Annuar berkata perbezaan fahaman politik tidak akan menghalang matlamat penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia iaitu menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan selain memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Annuar berkata proses pilihan raya seperti yang akan berlangsung di Johor hanya bersifat sementara, namun proses menjayakan Komuniti Keluarga Malaysia merupakan suatu misi jangka panjang.
"Pilihan raya ini hanya berlaku dalam tempoh 14 hari sahaja...lepas 14 hari harus bekerjasama semula sebagai satu masyarakat, dan agenda membangunkan negara harus diteruskan. Jadi, saya nampak mereka ada peranan yang lebih besar dan seharusnya melangkaui fahaman kepartian," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Annuar berkata sebanyak 1,674 Komuniti Keluarga Malaysia telah diwujudkan sehingga 17 Feb lepas.
Pada 26 Jan, jemaah menteri telah mempersetujui penubuhan 1,878 Komuniti Keluarga Malaysia di seluruh negara.
Penubuhan ini melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM18.78 juta dengan RM10,000 diperuntukkan kepada setiap Komuniti Keluarga Malaysia.
Program Komuniti Keluarga Malaysia yang dilaksanakan melalui Jabatan Penerangan, adalah berteraskan kepada pemerkasaan komuniti sebagai ejen penyebaran maklumat serta mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kanan) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor (Zon Tengah) hari ini. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Kementerian Komunikasi bangunkan Kerangka Strategik 2024-2025, dukung dua misi utama kementerian - Fahmi
Kementerian Komunikasi membangunkan Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi Tahun 2024-2025, dengan Visi: Masyarakat MADANI Berinfomasi, Berhubung, Berdaya Maju dan Kreatif.

PRN Johor: Media rasmi dibenarkan perkenal semua calon termasuk pembangkang - Annuar
Media rasmi kerajaan dibenarkan menjadi medium memperkenalkan semua calon termasuk calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.