JOHOR BAHRU: Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang sebelum ini penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin berkata, Muhyiddin tidak berusaha untuk memulihkan perpecahan Bersatu selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Serentak keputusan itu, beliau menyeru kepada pengundi Johor untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) Johor pimpinan Datuk Hasni Mohammad.
“Tindakan ini terpaksa saya ambil dengan berat hati setelah parti yang saya dokongi selama ini, telah hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya sebelum ini.
“Pada hemat saya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin bukan saja gagal membawa parti ke tahap lebih baik, malah tidak berusaha memulihkannya selepas perpisahan dengan kumpulan Dr Mahathir.
“Sikap seperti ini bukan saja rencatkan perkembangan parti, malah ia jejaskan idealisma perjuangan parti,” katanya dalam satu sidang media khas di sini, hari ini.
Mohd Izhar, merupakan bekas wakil rakyat kedua dari Bersatu, yang mengambil tindakan keluar parti selepas Mazlan Bujang membuat keputusan demikian pada Khamis lepas.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Mohd Izhar bertanding di bawah logo Parti Keadilan Rakyat, dan memenangi saingan tiga penjuru di DUN Larkin dengan majoriti yang agak besar, iaitu 8,590 undi.
Pada ketika itu, beliau meraih undi sebanyak 25,012 undi, menewaskan calon BN Datuk Yahya Jaafar (16,422 undi), dan calon Pas, Zakiah Tukirin (3,233 undi).
Mengulas mengenai kemungkinan persepsi negatif terhadap tindakannya itu, Mohd Izhar berkata, beliau bukan orang politik, tetapi dipilih oleh pimpinan Pakatan Harapan ketika PRU14 untuk bertanding di DUN tersebut.
Katanya lagi, apa yang penting ialah, tanggungjawab serta khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada pengundi DUN Larkin serta negeri Johor secara amnya di bawah portfolio beliau.
“Sewaktu PRU14, bukan kami (PH) hebat, tetapi kemenangan ketika itu atas desakan rakyat. Rakyat mahu perubahan, a new norm. Perkara itu berlaku, jadi tak letak saya pun orang lain menang.
“Tetapi bila saya menang bersyukur, dapat berkhidmat untuk rakyat. Dan prestasi saya sebagai wakil rakyat, sebagai Exco, saya berjaya lepasi sasaran KPI (petunjuk prestasi utama). Saya tak ada sebarang kontroversi, apa-apa bad record. Saya bekerja untuk rakyat,” katanya lagi.
Mohd Izhar berkata, beliau tidak akan lagi bertanding di DUN Larkin atau di mana-mana kawasan, namun, akan menyertai UMNO serta terus melakukan kerja-kerja khidmat kepada masyarakat.
Firdaus Azil
Sat Jan 29 2022
Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Bersatu atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar Astro AWANI
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
PRN Johor: Tindakan Mohd Izhar keluar Bersatu dipengaruhi pihak lain - Mohd Solihan
Alasan Mohd Izhar keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada Presiden Bersatu tidak berasas, kata Ketua Penerangan PN Johor.
PRN Johor: Mohd Izhar umum keluar Bersatu, wakil rakyat kedua selepas Mazlan Bujang
Muhyiddin tidak berusaha untuk memulihkan perpecahan Bersatu selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwa Mohd Izhar Ahmad.
Kelonggaran pulang buat pekerja Malaysia divaksin di Singapura sedang diusahakan
Kelonggaran ini termasuklah dengan menyediakan pas laluan hijau khas buat mereka yang terlibat.