JOHOR BAHRU: Senarai calon yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan akan dimuktamadkan hari ini, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Soal senarai nama calon hari ini selesai, tiada sebarang masalah untuk kita bekerjasama kerana PN ada tiga parti sahaja untuk berbincang iaitu Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi soal jawab dan sarapan bersama 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda di sini hari ini.
Semalam, Presiden Gerakan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dilaporkan berkata PN akan mengumumkan senarai calon mereka untuk PRN ini pada 23 Feb, iaitu tiga hari sebelum tarikh penamaan calon.
Mengenai kriteria calon PN, Muhyiddin berkata kelayakan akademik bukan satu-satunya yang akan melayakkan seseorang itu dipilih sebagai calon gabungan itu kerana aspek pengalaman dan kemahiran turut diambil kira.
"Jadi, kita ambil kira semuanya. Kelayakan akademik memang antara satu daripada syarat yang dipertimbangkan tetapi bukan satu-satunya," kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Mengulas rundingan pengagihan kerusi antara MUDA dan PKR yang menemui jalan buntu, Muhyiddin berkata parti baharu itu tidak seharusnya bergantung kepada kekuatan parti lain pada PRN berkenaan sebaliknya perlu pertanding secara solo bagi menguji kekuatan mereka.
BACA: PRN Johor: 'Biar rakyat Johor tentukan' - Komen Syed Saddiq jika pertindihan kerusi tidak dapat dielak
Beliau berkata di Johor terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan MUDA boleh memilih mana-mana kerusi yang difikirkan sesuai dan bertanding di kawasan itu kerana melalui cara itu parti itu boleh menguji kekuatan.
"Saya bukan penasihat undang-undang MUDA tetapi sebagai seorang yang berpengalaman, pada (pandangan saya) sewajarnya bila sudah tubuhkan parti politik baharu biarlah bertanding sendirian, boleh uji kekuatan, jadi mengapa mahu berunding dengan orang lain," katanya.
Awal hari ini, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi satu kenyataan berkata rundingan rasmi antara kedua parti berkenaan disifatkan tamat susulan tindakan PKR mengumumkan calon untuk 20 kerusi yang akan ditandingi pada PRN itu.
Setakat ini, MUDA dijangka bertanding di enam kerusi DUN iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai dengan Setiausaha Agung MUDA Amira Aisya Abd Aziz telah dinamakan sebagai calon Puteri Wangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Resepsi Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di sini malam tadi. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PRK Pelangai: BN tidak ambil mudah, enam nama diserah - Wan Rosdy
Barisan Nasional (BN) Pahang tidak mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN Terengganu didominasi lelaki, hanya 2 calon wanita
Pentas PRN Terengganu didominasikan calon lelaki, hanya 2 calon wanitaaPentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu terus didominasi oleh lelaki dengan 97 peratus adalah calon jantina itu.

Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Kedah
Berikut senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Senarai calon Amanah bagi PRN di enam negeri
Berikut adalah senarai nama calon yang dikemukakan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Amanah bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu
Selain Mahfuz, Amanah juga mengekalkan Muhammad Faiz Fadzil untuk bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

PRN: MUDA muktamad senarai calon, bertanding di empat negeri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan keseluruhan 20 calon untuk bertanding di empat negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

DAP akan umum senarai calon PRN dalam masa terdekat - Kor Ming
Senarai calon parti DAP yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan akan diumumkan dalam masa terdekat.

DAP Pulau Pinang dijangka umum senarai calon PRN minggu depan
DAP Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh 19 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu depan.

PRN: PN Kelantan umum calon 27 Julai
Perikatan Nasional (PN) Kelantan dijadual mengumumkan senarai penuh 45 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 27 Julai ini.

Gabungan PH dan BN Selangor bakal umum calon 25 atau 26 Julai ini - MB
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka akan mengumumkan senarai calon dan tawaran manifesto pada 25 atau 26 Julai ini.