JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin melaksanakan tugas, seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily terpaksa membayar harga yang mahal, selepas dikompaun Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kompaun itu dikenakan ke atasnya selepas petugas di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru itu, tempat penamaan calon N44 Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, mendakwa petugas media tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Weng Kian Yong, 42 tahun, mengakui dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan tidak menjaga penjarakan fizikal.
"Saya hanya pergi kepada calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon.
"Saya tidak sangka itu merupakan satu kesalahan, kerana saya seorang yang dikenakan kompaun, sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama," dakwanya.
Sementara itu, Editor Video Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47 tahun, hanya dikenakan amaran.
Selepas mengenakan kompaun, petugas KKM seramai lima orang itu dilihat meninggalkan kawasan penamaan calon.
Dalam pada itu, pertembungan di DUN Larkin kali ini hampir pasti melibatkan enam penjuru.
Barisan Nasional kali ini mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, 38 tahun, dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48 tahun.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Di sebelah Perikatan Nasional pula, pimpinan meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, 44 tahun, manakala Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan Mohamad Riadz Hashim, 49 tahun.
Ikatan Muda Demokratik (MUDA) pula meletakkan harapan ke atas Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar, 28 tahun, sekali gus melihat pertembungan antara parti itu dengan PKR.
Selain itu, turut kelihatan seorang Calon Bebas, Norramadan Buan, 45 tahun, yang hadir untuk menyerahkan borang pencalonannya.
Firdaus Azil
Sat Feb 26 2022

Weng Kian Yong menunjukkan notis kompaun yang diterimanya kerana didakwa melanggar SOP di PPC bagi DUN Larkin. - Astro AWANI
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

PRN Johor: Pengantin baharu tunai tanggungjawab di hari persandingan
Sepasang suami isteri yang juga pengantin baharu tidak sangka hari persandingan yang dirancang hari ini akan bertembung dengan hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Mengapa MUDA pilihan terbaik untuk Larkin? Ini pandangan Rasid Abu Bakar
Mengulas mengenai mengapa MUDA harus dijadikan sandaran untuk perubahan, Rasid berkata, parti itu merupakan parti yang 'overly democratic'.

PRN Johor: MUDA hormati proses rundingan dengan PKR, tampil calon berkarisma di Larkin
DUN Larkin akan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon daripada PKR, MUDA, BN, PN, Pejuang dan seorang calon Bebas.

PRN Johor: Anwar dukacita pertembungan MUDA-PKR di DUN Larkin
Anwar berkata, tiada masalah timbul antara PKR dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain kerana keputusan dibuat dengan semangat setiakawan.

PRN Johor: Ini bukan antara MUDA dan Keadilan semata-mata - Calon DUN Larkin
Rasid berkata, jika kemenangan berpihak kepada MUDA atau Keadilan, ia membawa maksud yang sama, kerana mereka berada pada pihak yang sama.

PRN Johor: Larkin, Gambir, Benut antara 'kerusi panas'
Daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor, perhatian perlu diberikan pada kerusi N44 DUN Larkin dan N09 DUN Gambir.

PRN Johor: Enam penjuru di DUN Larkin, MUDA bertembung PKR
Setelah menyemak semua kertas pencalonan, SPR berpuas hati untuk memutuskan tiada calon ditolak.

PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.

PRN Johor: MUDA perlu pertimbang semula, adakah ini budaya saling mencabar? - Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini kerana rundingan antara PKR dan MUDA telah pun tamat selepas ia tidak mencapai persetujuan.