JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani berkata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.
"Sekiranya Muda bertanding, kita akan pastikan calon daripada parti ini merupakan anak tempatan," katanya di Pejabat Urusan Parti Muda Johor di Kempas di sini hari ini.
Beliau berkata Muda Johor yang kini mempunyai keahlian lebih 12,000 orang sedang mempersiapkan jentera dan manifesto parti dalam menghadapi PRN itu selain bakal menggerakkan jentera di semua kawasan pilihan raya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon PAS Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Mengulas mengenai kerjasama dengan PH Johor bagi menghadapi PRN ini, Mohd Azrol berkata gabungan parti politik itu belum mengadakan sebarang perbincangan secara serius dengan Muda Johor berhubung perkara itu.
Katanya pada masa ini, semua gerak kerja Muda dilakukan secara bersendirian namun tiada masalah sekiranya perlu bertanding secara solo malah telah menyenaraikan senarai calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk diputuskan biro politik Muda.
"Jika bertanding solo, kita yakin boleh menang di beberapa kerusi DUN melibatkan kawasan Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar, namun seandainya kerjasama politik wujud melibatkan Muda kita menyasarkan lebih daripada 10 kerusi yang diyakini mempunyai kelebihan buat kami," katanya.
Johor merupakan medan pertama Muda bertanding dalam PRN selepas parti itu mengambil sikap berkecuali pada PRN Melaka tahun lepas susulan tindakan PH mencalonkan kembali dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) yang dianggap penyebab PRN Melaka terpaksa diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Pengerusi Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani berkata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak dakwaan berhubung isu amaran yang dikeluarkannya terhadap pempengaruh, Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.

Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk hadiri forum di Jakarta
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Jakarta, Indonesia.

MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.

KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.

Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.

Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.

Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.

Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.

Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.