JOHOR BAHRU: Parti Warisan bakal mempertaruhkan calon-calonnya di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu komited untuk membawa prinsip semak dan imbang dalam DUN Johor, di samping langkah awal persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum, yang beliau gambarkan, akan berlaku dalam masa terdekat.
Enam kerusi tersebut ialah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu, dan Permas.
“Di Johor ini kita harap dapat mengikat perpaduan yang begitu kental antara pelbagai kaum, berbagai agama. Negara ini sebuah negara dimiliki semua kaum, bukan hanya dimiliki Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Dusun, Murut.
“Warisan mempunyai barisan calon yang terdiri daripada peguam, pemegang dua ijazah, ahli perniagaan, aktivis, dan anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Tapi apa yang paling penting ialah mereka semuanya ‘Anak Johor’,” katanya lagi.
Berikut senarai calon parti Warisan:
N55 Pekan Nenas: Hishammuddin Busri
N06 Bekok: Sandara Segaran Arumugam
N29 Mahkota: Mohamed Noor Suleiman
N42 Johor Jaya: Chen Hain Kai
N51 Bukit Batu: Lee Ming Wen
N43 Permas: Mohamed Ridza Busu
Untuk rekod, kesemua kerusi yang ditandingi Warisan kali ini, dimenangi oleh komponen Pakatan Harapan, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika itu.
Majoriti undi untuk enam kerusi yang dimenangi PH ketika itu agak selesa, dua kerusi iaitu Johor Jaya (15,565 undi) dan Bukit Batu (10,057 undi).
Sementara itu dalam sidang media kemudiannya, Mohd Shafie berkata, biarpun jumlah calon parti itu tawarkan tidak banyak, namun Warisan tidak akan membuat perjanjian dengan mana-mana parti politik.
Tegas Ahli Parlimen Semporna itu lagi, Warisan hanya akan membuat perjanjian dengan satu pihak sahaja, iaitu rakyat negeri Johor.
“Kandungan suara wakil kita dengan nilai, displin yang ada, dalam Parlimen ada, dalam DUN pun ada. Apa yang penting bila kita lantang, kita mahu bangkitkan kesedaran rakyat, walaupun suara kita enam, tak semestinya tak kedengaran.
“Berhubung bantuan jentera parti lain, itu tak perlu kerana bantuan rakyat ada. Masa itu kita pentingkan rakyat. Kerjasama dengan rakyat yang perlu kita tingkatkan, kerjasama dengan parti nanti dia tekan butang, dia ugut, akhirnya tak kemana,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 25 2022

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu komited untuk membawa prinsip semak dan imbang dalam DUN Johor. - Foto Astro AWANI
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.