MERSING : Kawasan perindustrian perlu dibangunkan di Mersing bagi mewujudkan peluang pekerjaan terhadap penduduk setempat khususnya golongan belia.
Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Tenggaroh, Zulinah A Johari berkata, Mersing sepatutnya mempunyai peluang pekerjaaan yang meluas ekoran kedudukannya yang dikatakan sebagai pusat pelancongan.
Menurutnya, Mersing pada suatu ketika dahulu sememangnya mempunyai kawasan perindustrian namun malangnya ia tidak mampu bertahan lama.
“Pelancongan memang satu peluang yang baik di Mersing tapi kita perlu bangunkan lebih meluas kerana sebelum ini memang ada kawasan industri tapi tak bertahan lama.
“Dulu kita memang ada kawasan kilang yang buka banyak peluang pekerjaan terutamanya untuk anak Felda tapi tak mampu bertahan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Bercakap mengenai peluang pekerjaan terhadap golongan belia, Zulinah mengakui isu tersebut sememangnya menjadi ‘buah mulut’ penduduk setempat.
“Kita memang daerah pelancongan... sepatutnya banyak peluang pekerjaan jadi mereka (anak muda) tak perlu tinggalkan Mersing.
“Kita sedar peluang pekerjaan memang terhad, jadi ramai anak muda bila habis sekolah mereka akan tinggalkan Mersing dan kerja di luar seperti ke Singapura misalnya,” katanya lagi.
Justeru, beliau berhasrat untuk mewujudkan kawasan perindustrian kecil bagi membuka lebih banyak peluang terhadap penduduk setempat.
Dalam pada itu, Zulinah turut memberitahu, segelintir penduduk terpaksa memilih untuk kekal berada di Mersing disebabkan keperluan untuk menjaga ibu bapa.
Disebabkan itu, usaha untuk membangunkan kawasan industri itu penting bagi memastikan penduduk tidak terbelenggu untuk mencari pekerjaan.
Zulinah merupakan calon yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Tenggaroh yang akan bersaing dengan calon Raven Kumar Krishnasamy (BN), Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang), dan juga calon Perikatan Nasional (PN), Roslan Nikmat.
Hilmi Malik
Sun Feb 27 2022

Zulinah berkata, Mersing sepatutnya mempunyai peluang pekerjaaan yang meluas ekoran kedudukannya yang dikatakan sebagai pusat pelancongan. - Foto Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ
Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan di sektor swasta selain temu duga terbuka bagi jawatan dalam perkhidmatan awam ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) bermula esok.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.

Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand
Festival MAROI (Malaysia Aroi) 2024 dijangka menjana nilai jualan kira-kira 40 juta Baht (100 Baht = RM12.93) sepanjang empat hari festival tersebut.

NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah pada Januari-Julai 2024
Ketua Eksekutif NCIA Mohamad Haris Kader Sultan berkata menerusi pelaburan itu, sebanyak 1,700 peluang pekerjaan telah diwujudkan.

PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.

'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.

Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.