KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membayar kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam kenyataan berkata BN adalah parti yang patuh kepada undang-undang dan menghormati arahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk tidak mengadakan sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya.
"Bagaimanapun pada hemat BN arahan tersebut berkaitan dengan perhimpunan di negeri Melaka. Maka majlis pelancaran jentera BN yang sepatutnya diadakan di Melaka telah dipindahkan ke World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu (27 Okt)," katanya.
Menurut Zambry, pemilihan lokasi WTCKL dibuat memandangkan Kuala Lumpur sudah pun memasuki Fasa Empat PPN yang membolehkan perhimpunan diadakan dengan kapasiti kehadiran 50 peratus daripada keluasan dewan acara.
"Untuk makluman kehadiran jemputan dalam majlis pelancaran di Dewan Tun Hussein dan Tun Ismail WTCKL semalam telah mengambil kira panduan SOP berkenaan dengan kapasiti," katanya.
Beliau berkata namun pergerakan di luar dewan yang ramai adalah di luar bidang kawalan pihak penganjur.
Pejabat Kesihatan Kepong pada Rabu mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada BN kerana melanggar SOP Fasa Empat PPN.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya memaklumkan, kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikeluarkan kepada BN susulan penganjuran majlis sosial di WTCKL malam tadi.
Notis itu juga memaklumkan kompaun RM10,000 akan tamat tempoh pada 9 Nov ini.
Bermula 25 Okt, KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka termasuk pelancaran jentera.
Larangan itu dikeluarkan kerana majlis perhimpunan berisiko menyebabkan peningkatan jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Menurut Zambry, pemilihan lokasi WTCKL dibuat memandangkan Kuala Lumpur sudah pun memasuki Fasa Empat PPN. - Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia untuk ekonomi mampan
Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan Malaysia terhadap pembangunan belia, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.

Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.

Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.

ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.