Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Calon, jentera PH digesa raih kepercayaan rakyat, tangkis fitnah

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera parti, bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. - Foto BERNAMA
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera parti, bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. - Foto BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa calon dan jentera Pakatan Harapan bekerja keras untuk meraih kepercayaan rakyat pada PRN Melaka ke-16.
  • Anwar menekankan keperluan menangkis fitnah dan hasutan perkauman melalui pencapaian serta khidmat bakti kepada rakyat.
  • Pakatan Harapan menurunkan 21 calon pada PRN Melaka kali ini, dengan hari pengundian ditetapkan pada 14 November oleh SPR.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera parti, bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. 

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata segala fitnah dan hasutan perkauman perlu ditangkis, menerusi pencapaian serta khidmat bakti kepada rakyat.

“Ayuh seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan, galas amanah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dengan kerja keras.

“Mudah-mudahan keikhlasan dan kesungguhan kita mampu mencipta sejarah di bumi Melaka serta menggerakkan pembaharuan demi masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah,” kata beliau.

PH mempertaruhkan 21 calon daripada tiga parti komponennya pada PRN Melaka ke-16 berbanding 28 calon pada 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada 31 Okt dan pengundian awal pada 10 Nov.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement