MELAKA: Langkah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata PUTRA merupakan kuasa ketiga dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
"PUTRA adalah payung bagi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keselamatan dan kesejahteraan, yang bersih dan bermoral," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim berkata PUTRA bertekad membetulkan keadaan yang tidak betul supaya semua kaum di Malaysia seimbang dalam semua aspek kehidupan.
Ia, katanya termasuk pengagihan ekonomi negara, dasar-dasar yang satu, tiada dwistandard dan unggul demi kelangsungan keselamatan negara dan rakyat.
"Kaum pribumi yang majoritinya 70 peratus merupakan kaum asal wajib dihormati dan kehidupannya mesti selesa dahulu sebelum hendak memberi muka kepada pihak lain atau merobek hak bangsa terjamin dalam perlembagaan negara," tegasnya.
Pada PRN Melaka yang dijadual pasa 20 Nov ini PUTRA meletakkan calon di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusi Perhubungan PUTRA Melaka, Mohd Aluwi Sari akan bertanding di kerusi DUN Pengkalan Batu, Ketua Wira PUTRA negeri, Mohamad Hashidi Mohd Zin (Paya Rumput); Nazatul Asyraf Md Dom (Sungai Rambai); Ketua Biro Wanita PUTRA Melaka, Laila Norinda Maon (Gadek) dan Ketua Bahagian PUTRA Melaka, Mohd Faizal Amzah (Duyong).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021

Ibrahim berkata PUTRA bertekad membetulkan keadaan yang tidak betul supaya semua kaum di Malaysia seimbang dalam semua aspek kehidupan. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

PUTRA anjur Kongres Melayu bincang isu berkaitan hak Melayu
Ia dianjurkan bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan hak orang Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti politik.

SPRM jalankan siasatan berhubung aduan rasuah 'surat karam' di Perak
Ahmad Khusairi berkata, satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan berkenaan.

Dakwaan salah guna kuasa: Ahmad Faizal sedia beri kerjasama kepada SPRM
Hamidah membuat laporan kepada SPRM susulan surat tular di media sosial berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Putra tiada rancangan sertai mana-mana gabungan politik - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak mempunyai perancangan untuk menyertai mana-mana gabungan parti dalam masa terdekat, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Cadangan mansuh hukuman mati mandatori, kerajaan mungkin terima tekanan - Ibrahim Ali
Tindakan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman penjara seumur hidup mencetuskan kebimbangan dan sesuatu yang sukar untuk diterima.

Putra anggap kerjasama UMNO dan Pas bukan penyatuan ummah
Gabungan Pas dan UMNO itu hanya kerjasama politik sahaja, tanpa penyertaan parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta Islam yang lain.

Selepas lebih 40 hari diluluskan, Putra berjaya lantik 124 ketua penaja bahagian
Kesemua ketua penaja tersebut kebanyakannya terdiri dalam kalangan tokoh akademik, pensyarah serta bekas pegawai tinggi polis dan tentera.

Kematian misteri Orang Asli: Wiranita Putra desak siasat aktiviti perlombongan
Intan Rahmah Ali berkata siasatan segera perlu dilakukan oleh pihak berwajib terhadap aktiviti perlombongan ini.

Putra desak jawatankuasa khas ditubuh siasat kes kematian Orang Asli Kampung Kuala Koh
Ibrahim berharap tiada satu pihak pun boleh lepas tangan dalam isu yang melibatkan Orang Asli di Kampuang Kuala Koh itu.