KOTA SAMARAHAN:Sarawak masih boleh melaksanakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 sekiranya pengisytiharan darurat ditamatkan lebih awal.
Malah kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial UNIMAS, Profesor Dr Arnold Puyok, pengisytiharan darurat ditamatkan lebih awal itu bergantung kepada keadaan COVID-19 semasa selain peranan Jawatankuasa Khas Bebas yang memantau dan menasihati Yang di-Pertuan Agong.
"Kalau contohnya pengisytiharan darurat ini ditamatkan sebelum Ogos, masih ada peluang untuk Sarawak melaksanakan pilihan raya kerana tempoh matang Dewan Undangan Negeri adalah pada bulan Jun.
"Mungkin juga boleh diadakan pilihan raya selepas darurat ini dimansuhkan. Namun jika dilanjutkan sehingga Ogos, saya rasa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh memerintah sebagai kerajaan interim," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Proklamasi darurat: Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan - PM
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan bagi menjamin pelaksanaan darurat adalah adil dan telus.
Beliau berkata, jawatankuasa itu juga berperanan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam perkembangan sama, Arnold memberitahu, sekiranya keadaan COVID-19 masih membimbangkan dan darurat dilanjutkan, kerajaan negeri sedia ada iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih lagi mentadbir sebagai kerajaan interim.
Malah katanya, fungsi kerajaan interim itu juga berkesan kerana masih boleh melaksanakan tugas-tugas pentadbiran tanpa diambil alih oleh tentera mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Tiada kesan kepada rakyat Sarawak jika kerajaan interim. Rakyat akan terus menjalankan kehidupan seharian dan melakukan aktiviti seperti biasa di bawah kerajaan interim," katanya.
Lynch Cowan
Tue Jan 12 2021

Sarawak masih boleh melaksanakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 sekiranya pengisytiharan darurat ditamatkan lebih awal. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pengisytiharan darurat: Mahkamah tolak rayuan Bersih 2.0
Panel tiga hakim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut.

BN Sabah sokong pengisytiharan darurat di Bugaya
Keputusan perisytiharan darurat ini adalah tindakan yang perlu supaya tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelak kehilangan lebih banyak nyawa akibat pandemik COVID-19.

Bung Moktar beri jaminan Ahli Parlimen UMNO akan sokong Belanjawan 2021
Belanjawan 2021 penting untuk diluluskan kerana ia merupakan halatuju kerajaan dalam menangangi pandemik COVID-19, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Mesyuarat Khas Kabinet selesai pukul 2 petang
Mesyuarat itu dipercayai membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang menolak pengisytiharan darurat semalam.

Darurat: Jangan cepat menghukum - Annuar
Annuar berkata, ini kerana perkara itu masih belum diputuskan atau diwartakan kerajaan.